Cabaran sebagai seorang rider delivery bukan sahaja melibatkan sesama manusia, kadang-kadang turut melibatkan haiwan yang boleh mengganggu kelancaran untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video CCTV menunjukkan seorang rider delivery wanita secara tiba-tiba merempuh pagar rumah di satu kawasan perumahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1428521223038795777?s=20

Rempuhan motosikal itu mengakibatkan dua orang sedang berada di dalam kawasan rumah tersebut terkejut melihat insiden yang berlaku di hadapan mereka.

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, rider wanita itu panik dikejar anjing yang berada di kawasan perumahan tersebut lalu menyebabkan dia gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya lalu merempuh pagar rumah di kawasan kejiranan.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang turut panik dan risau dengan keadaan rider wanita terbabit. Kata mereka, jika tidak disebabkan topi keledar yang dipakainya mungkin keadaannya lebih parah akibat rempuhan tersebut.

vocket-rider-wanita-lari-daripada-anjing-1
Sumber Gambar: Facebook Malaysian Crimewatch — MyWatch
vocket-rider-wanita-lari-daripada-anjing-2
Sumber Gambar: Facebook Malaysian Crimewatch — MyWatch
vocket-rider-wanita-lari-daripada-anjing-3
Sumber Gambar: Facebook Malaysian Crimewatch — MyWatch

https://twitter.com/Del_Luuuuna/status/1428543349640761344?s=20

Orang ramai turut mendoakan agar rider wanita itu tidak mengalami kecederaan yang serius dan dapat berunding dengan pemilik rumah tersebut ekoran kerosakkan pagar yang tidak disengajakan.

Tidak dapat dipastikan samada anjing tersebut merupakan anjing liar ataupun milik penduduk di kawasan setempat, namun para netizen meminta pihak berkuasa untuk menangkap anjing liar di kawasan itu yang boleh membahayakan orang awam dan meminta penduduk kawasan kejiranan itu menjaga anjing mereka dengan baik supaya kejadian ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Terdahulu, ada seorang posmen terpaksa memanjat pagar rumah akibat dikejar anjing. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Dikejar Anjing Sehingga Ke Atas Pagar, Gelagat ‘Abang Posmen’ Ini Buat Netizen Ketawa

Posmen Digantung Kerja Selepas Didakwa Cederakan Anjing Peliharaan Pelanggan Ketika Bertugas

Sumber