Gara-gara mahu melarikan diri selepas kantoi berdua-duaan dengan isteri orang, seorang lelaki ditemui maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pangsapuri di Jasin, Melaka.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, kejadian berkenaan berlaku pukul 11.47 pagi dan lelaki berkenaan merupakan seorang duda berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saksi yang merupakan kekasih kepada lelaki tersebut mendakwa individu itu datang ke rumahnya pada pukul 12 tengah malam selepas suaminya keluar dan dia ingin bermalam di situ.

Akan tetapi, pada pukul 10.30 pagi semasa pasangan terbabit berada di ruang tamu, secara tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah dan menyedari kehadiran lelaki berkenaan sebelum dia membuat keputusan untuk melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di koridor untuk turun ke bawah pangsapuri itu.

Selepas itu, wanita itu terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian luar koridor dan mendapati kekasihnya telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak. Difahamkan, pasangan terbabit berkenalan sejak 2005, namun mereka membuat keputusan untuk berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga.

Pada tahun 2007 pula, lelaki tersebut telah bercerai dengan isterinya dan mencari saksi untuk menjalinkan hubungan semula walaupun dia mengetahui bahawa wanita tersebut sudah mempunyai suami.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian serta kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Siap Guna Lesung Dan Pes Tempatan, Mat Saleh Masak Laksa Kari Terima Pujian Netizen

Raih Kutipan Sebanyak Sejuta Ringgit Dalam Sehari, Filem Mat Kilau Dipuji Penonton

Sumber