Bermula dari negara China, siapa sangka wabak ini telah menular ke beberapa benua lain. Selepas Italy mencatatkan angka kes COVID-19 yang tinggi, negara Sepanyol pula menjadi ancaman terbaru kepada wabak ini.

Berdasarkan laporan terbaru, bandar Madrid, Barcelona dan Villarreal sudah mulai mencatatkan kes bagi COVID-19 sekaligus telah mengundang panik di kalangan penduduk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
5e56e6b7fee23d50e54bc527
Sumber: Business Insider

Lebih parah, orang ramai di Sepanyol nampaknya perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan bekalan face mask daripada farmasi berdekatan dengan harga yang melambung iaitu sekitar €300 (~RM1,419).

Difahamkan isu ini berlaku disebabkan jumlah bekalan face mask yang tidak mencukupi sekaligus mengundang kepada kenaikan harga berikutan permintaan yang tinggi.

Situasi ini nampaknya tidak sahaja berlaku di Sepanyol, malah terdapat penjual dari China yang sanggup menjual menjual 60 keping face mask dengan harga sehingga €960 (~RM4,541) di laman web Amazon. Diharap situasi yang sama tidak berlaku di Malaysia memandangkan pihak kerajaan sudah mengumumkan harga siling bagi penjualan face mask untuk kegunaan orang ramai.

Jack Ma pada minggu ini telah menyumbangkan sebanyak 2 juta face mask ke Malaysia dan tiga lagi negara Asean. Turut dikongsikan, gambar face mask yang dijemur untuk digunakan semula.

Jack Ma Sumbangkan 2 Juta ‘Face Mask’ Ke Malaysia Dan Tiga Lagi Negara Asean

Tular Gambar ‘Face Mask’ Dijemur, Netizen Saran Koyak Sebelum Buang

Sumber