FLYScoot telah memulakan perjalanan langsung dari Singapura ke Athens bermula 20 June 2017. JOM KE GREECE!

Selepas menjejak kaki di Greece, Afrika Selatan masih berada di tangga teratas diikuti Lebanon sebagai lokasi menarik untuk saya kunjungi lagi sekali. Tetapi untuk beach holiday, Greece beratas di kelompok lima teratas.

Salah satu sebab adalah pantainya amat bersih, dijaga rapi dan agak sukar untuk bertemu dengan sampah-sarap.

Berikut saya kongsikan 10 tip kembara di Athens dan Mykonos untuk rujukan anda yang ingin ke 2 lokasi ini:

1. Dari lapangan terbang ke pusat bandar boleh naik metro. Harga untuk seorang adalah 10€, harga untuk seorang jika beli untuk berdua adalah 9€ dan harga untuk seorang jika beli bertiga adalah 8€. Jika anda berseorangan dan berada di Athens selama 3 hari boleh membeli tiket pergi balik ke airport dan boleh guna semua pengangkutan awam di Athens dengan hanya 22€. Dari airport ke pusat bandar adalah selama 45 minit.

Untuk menjimatkan wang, anda boleh gunakan bas dengan hanya 6€ . Aiport bas beroperasi selama 24 jam. Berbanding train yang hanya mula beroperasi seawal jam 6 pagi dan berakhir jam 12 malam.

2. Harga tiket tram atau train adalah 1.4€ untuk 90 minit perjalanan. Pastikan akan buat pengesahan sebelum memulakan perjalanan.

3. Untuk penginapan, dinasihatkan untuk menginap di sekitar Monasiraki atau Syntagma.

4. Makanan halal banyak di kawasan Omonia. Kebanyakkan adalah dari India.

5. Jika anda ingin membeli cenderahati lokasinya adalah di kawasan Flea market di Monasiraki atau Syntagma. Harga untuk FM adalah 1€, poskad 0.20€ , keychain 2.5€ dan baju 5.5€

6. Kebanyakkan kawasan tumpuan pelancong ada potongan untuk pelajar. Jadi, pastikan anda membawa kad pelajar bersama-sama anda.

7. Antara tempat tumpuan pelancong adalah Acropolis (bayaran masuk 12€), Muzium Acropolis (bayaran masuk 5€), Temple of Zeus (guna tiket masuk Acropolis), Panathenaic stadium (bayaran masuk 3€), Treater of Dionysus, Sytgma square, dan bangunan parlimen.

8. Makanan yang patut anda cuba semasa di Athens adalah salad Greek, yogurt Greek dan aiskrim Greek.

9. Jika anda ke sana pada musim panas pastikan anda membawa sunscreen bersama- sama. Cuacanya sangat panas terik.

10. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Kerana dikebanyakkan tempat adalah berbukit dan licin.

Baca: Inilah Gambaran Ngeri Dan Kejam Yang Aku Lihat Sewaktu Di Kem Tahanan Nazi Di Poland

tip-bercuti-di-greece-1

tip-bercuti-di-greece-2

tip-bercuti-di-greece-3

tip-bercuti-di-greece-4

tip-bercuti-di-greece-5

tip-bercuti-di-greece-6

tip-bercuti-di-greece-7

tip-bercuti-di-greece-8

tip-bercuti-di-greece-9

tip-bercuti-di-greece-10

tip-bercuti-di-greece-11

10 tip kembara ke Mykonos

1. Tempah penginapan seawal yang mungkin terutama pada musim panas. Ini kerana penginapan di pulau ini adalah agak terhad dan kebanyakkannya bertaraf hotel.

2; Cenderahati boleh dibeli di kawasan sekitar City Centre. Harga untuk FM adalah 1€, keychain 2.5€

3. Jika anda menempah penginapan, pastikan anda menempah hotel atau hostel yang menyediakan free transfer ke airport. Ini kerana perkhidmatan bas adalah terhad.

4. Untuk penginapan, anda dinasihatkan untuk menempah di kawasan pusat bandar.

5. Anda boleh mengelilingi pulau Mykonos dengan menggunakan bas tetapi destinasinya adalah terhad. Tambang sehala adalah 1.8€.

6. Antara pulau atau pantai yang anda wajib lawati adalah Pliaty Giatos, Paraga, Paradise, Super Paradise dan juga Elia. Anda harus melawat ke setiap pulau kerana setiap pulau adalah berbeza.

7. Bawa makanan secukupnya. Harga makanan di Mykonos amat mahal. Tambahan pula, tiada makanan halal di sini.

8. Anda juga boleh menyewa motor dengan bayaran 25€ sehari. Lesen pemanduan antarabangsa diperlukan di sini.

9. Tempat yang anda patut lawati di sekitar bandar adalah di Windmill, Little Venice.

10. Tempat terbaik untuk melihat sunset adalah di kawasan Little Venice, City Centre.

Semoga anda semua menikmati layanan istimewa di Greece!

tip-bercuti-di-greece-12

tip-bercuti-di-greece-13

tip-bercuti-di-greece-14

tip-bercuti-di-greece-15

tip-bercuti-di-greece-16

tip-bercuti-di-greece-17

tip-bercuti-di-greece-18

tip-bercuti-di-greece-19

tip-bercuti-di-greece-20

tip-bercuti-di-greece-21

tip-bercuti-di-greece-22

tip-bercuti-di-greece-23

tip-bercuti-di-greece-24

tip-bercuti-di-greece-25

tip-bercuti-di-greece-26

Baca lagi: 5 Cara Saya Jimatkan Bajet Sewaktu Travel 2 Minggu Di Eropah