Berkelah di tepi pantai sambil menikmati permandangan yang membiru, ditambah pula tiupan angin yang lalu ke tubuh, sungguh mengasyikan! Pantai antara lokasi yang best untuk bersantai dihujung minggu bersama keluarga, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama.

Paling seronok adalah aktiviti bermain pasir, yang ini memang tak boleh dinafikan. Daripada anak sehinggalah ke peringkat bapa budak, semuanya suka main pasir. Selalunya kita lihat pantai pasir berwarna putih kan? Tapi harus diketahui, tidak semua pasir pantai berwarna putih. Ada setengahnya berwarna hitam, namun tetap cantik dipandang.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Buat anda yang suka berhibur di pantai, sebenarnya banyak lokasi pantai pasir hitam yang ada di dunia yang boleh anda pergi. Di sini saya cuba senarai pendekkan ikut mana terbaik dan paling menarik salah satunya ada di Malaysia.

1. Langkawi

Paling dekat dengan rakyat Malaysia ialah Pantai Pasir Hitam di Langkawi. Di sini tersedia tempat letak kereta, kedai makan dan kedai menjual barangan cenderahati. Buat anda yang mahu rasa keunikkan bersantai di pantai pasir hitam, di sinilah lokasi paling dekat dan ideal.

2. Pantai Lovina, Bali

Bali, Indonesia sememangnya sangat terkenal dari kalangan pelancong Malaysia. Mungkin kerana suasana pantainya yang dikatakan romantik menjadi lokasi percutian buat pasangan baru berkahwin. Jika berkunjung ke Bali, jangan lupa ke Pantai Lovina. Di jamin tidak menghampakan.

3. Pantai Vik, Islandia

Lihat sahaja kepekatan warna pasir pantai di sini cukup untuk menggambarkan kecantikannya. Pantai Vik terletak di Gunung Katla di Islandia. Pantai ini juga berada tepat di bawah gletser Mýdalsjökull yang juga merupakan jajaran gunung berapi.

4. Black Sand Beach, Carlifornia

Walaupun terkenal dengan persisiran pantai memutih yang eksotik, tetapi ternyata di California juga terdapat sebuah pantai berpasir hitam legam sehingga ia dikenali dengan nama Black Sand Beach. Pantai ini di antara pantai pasir hitam yang terbaik di dunia. Lokasi berdekatan dengan Shelter Cove di Humboldt County.

5. Pantai Santo Domingo, Filipina

Paling akhir kami pilih Filipina, ini juga antara lokasi yang dekat anda boleh pergi. Filipina sememangnya terkenal dengan pantai pasir hitam, tetapi Pantai Santo Domingo ini dikatakan antara yang terbaik di sana. Kalau ada bercadang ke Filipina, jangan lupa masukan Pantai Santo Domingo ke dalam senarai bakul anda!

Anda Mungkin Suka