Pasukan perubatan di Mesir berjaya mengeluarkan seekor ikan hidup dari mulut seorang nelayan selepas dia dilaporkan kritikal kerana tidak dapat bernafas.

Lelaki berusia 48 tahun terbabit tiba di Hospital Pakar Beni Suef dengan ambulans sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Doktor Michael Ibrahim, timbalan pembedahan plastik berkata bahawa pasukannya perlu melakukan endoskopi terlebih dahulu ke atas pesakit dan mendapati saluran pernafasannya tersekat.

Selepas berjaya mengeluarkan ikan dari salur pernafasan lelaki terbabit, para pasukan perubatan terkejut bahawa ikan itu masih hidup.

Doktor turut mengesahkan bahawa lelaki itu berada dalam keadaan normal setelah ikan tersebut dikeluarkan.

Kisah sebenar

Menurut pasukan perubatan yang bertanggungjawab mengendalikan kes terbabit, terdapat dua kisah bagaimana ikan itu masuk ke dalam mulut pesakit.

Pertama, ada yang mengatakan bahawa semasa pesakit sedang memegang ikan terbabit, ia tercicir sebelum melompat masuk ke dalam mulut pesakit yang sedang terbuka.

Cerita kedua pula, pesakit tersebut dilaporkan mahu mengeluarkan ikan daripada jaring dengan menggunakan mulut sebelum ikan itu melompat masuk ke dalam mulutnya.

Wakil hospital memberitahu media bahawa nelayan itu sudah pulih sepenuhnya dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi.

Terdahulu, kerajaan Mesir dikritik selepas membina lebuh raya dengan jarak 50 sentimeter dari balkoni rumah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

Netizen Dakwa Steve Jobs Masih Hidup Dan Sedang Berehat Di Mesir

Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak Meninggal Dunia

Sumber