Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Thailand boleh dikatakan destinasi favourite rakyat Malaysia, banyak tempat menarik berbaloi dikunjungi di Thailand. Tambahan pula penduduk di Thailand sangat ramah orangnya, sudah tu cantik pula. Merancang untuk travel pada bajet yang rendah? Thailand mungkin pilihan yang ideal.

Thailand terkenal sebagai negara yang kaya dengan ada dan budaya. Jadi, sebelum berkunjung ke sini sebaiknya anda ambil tahu dulu beberapa ‘pantang larang’ di negara siam ini. Travel pun jadi lebih seronok!

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Di sini kami senaraikan 8 perkara yang perlu anda tahu sebelum travel ke Thailand.

duit

1. Jangan Bercakap Tentang Raja Mereka

Di Thailand, raja sangat dipandang tinggi. Perkara ini kami rasa sama di mana-mana negara sekali pun. Rakyat Thailand sangat dengan sensitif dengan perkara yang disifatkan merendah-rendahkan martabat Raja mereka.

Cuba elakkan dari berbual tentang topik yang berkait dengan Raja mereka, melangkah duit syiling yang bergolek atau terpijak duit kertas yang terjatuh pun boleh dianggap sesuatu yang biadap.

2. Sentuh Kepala

Di Thailand, kepala bukan mainan! Jangan cuba menyentuh kepala sesiapa walaupun kanak-kanak. Di Thailand, kepala dianggap suci dan tidak boleh disentuh. Hati-hati walaupun anda tidak sengaja.

3. Jaga adab dan etika ketika berada di tempat keagamaan

Di Thailand majoriti penduduknya beragama Budha, sudah tentu banyak sekali tempat ibadah seperti Kuil. Sebagai menunjukkan rasa hormat, pastikan pakaian anda menutup lutut dan memakai lengan panjang.

Ini adalah tradisi penting dalam kepercayaan mereka. Anda juga pasti menghargai jika orang menghormati tradisi dan agama anda.

4. Sila tanggalkan kasut

Pastikan anda menanggalkan kasut jika berkunjung ke rumah atau tempat-tempat keagamaan. Ini juga adalah tanda anda menghormati mereka.

3

Perbuatan seperti ini dinamakan ‘Wai’

5. Wai

Wai merupakan sebahagian tingkah-laku dalam adab resam masyarakat Thailand. Ia digunakan sebagai tanda terima kasih, memohon maaf, menyambut tetamu dan lain-lain. Orang asing dinasihatkan untuk elak dari melakukan Wai dengan kerap walaupun anda disambut dengan Wai. Cukuplah sekadar senyum dan menundukan sedikit kepala.

6. Sami Thailand

Terdapat beberapa peraturan dalam ritual sami di Thailand, antaranya ialah wanita tidak boleh menyentuh sami atau rahib walau jubah mereka sekali pun. Jika keadaan ini berlaku, sami tersebut terpakasa melakukan ritual pembersihan.

Kaum wanita dinasihatkan berhati-hati ketika berjalan dikhuatiri terselisih dengan sami di Thailand.

7. Berhenti pada pukul 8 am dan 6 pm

Di Bangkok, lagu kebangsaan Thailand akan dimainkan dengan kuat pada jam 8 am dan 6 pm. Sebagai tanda penghormatan, setiap aktiviti mesti dihentikan pada dua waktu ini.

Jika berkunjung ke Bangkok, sila ambil perhatian pada dua waktu penting ini sebagai tanda hormat.

8. Sentiasa cool 

Orang Thailand ramai yang baik-baik, sebab itulah Thailand digelar sebagai ‘The Land Of Smile’. Rakyat Thailand selalu kelihatan ramah dan akan cuba mengelakkan konflik sebaik mungkin.

Jika anda menunjukkantanda-tanda marah, terutamanya di khalayak ramai, ia dianggap sebagai kelakuan yang sangat buruk. Jadi, cuba pastikan anda sentiasa nampak cool walaupun sedang berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan. Kawal emosi dan sila lah senyum-senyum selalu. Muka pun nampak lebih comel.