Pastikan anda sentiasa berhati-hati agar anda tidak menjadi mangsa jenayah ragut dan sebagainya. Malah, banyak iklan kesedaran untuk sentiasa berhati-hati dengan persekitaran pernah di iklankan di kaca TV.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video rakaman dashcam yang dikongsikan pengguna TikTok @malathi1103 memaparkan sebuah kejadian ragut dipercayai berlaku di Taming Jaya, Balakong, Selangor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@malathi1103

When u think all people around u is good..but I’m wrong..UNEXPECTED 😭😭 pls be carefull guys pleaseee…. area taming jaya Infront 99 speed mart .. #fyp #ragut #makeitvirаl

♬ original sound – 💙🤍M@l@thi🤍💙 – 💙🤍M@l@thi🤍💙

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki menunggang motosikal menjadikan seorang wanita yang mahu masuk ke dalam kereta sebagai sasaran mangsa ragutnya. Lelaki itu bertindak meragut rantai yang dipakai oleh wanita terbabit, lalu memecut laju meninggalkan kawasan jenayah tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat kejadian yang berlaku itu. Para netizen juga tidak menyangka masih ada kejadian ragut berlaku dan hal ini patut sudah tidak terjadi.

Bukan itu sahaja, para netizen kini seperti sudah tahu kegunaan nombor plat saiz ‘standard’ apabila melihat nombor plat motosikal itu yang kecil dan tidak nampak dalam ‘dashcam’.

Oleh itu, rata-rata netizen meminta orang ramai berhati-hati ketika luar rumah terutama sekali wanita dan pastikan tidak memakai barangan kemas yang boleh menjadikan anda target kepada pencuri.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Hormat Seni Silat’ – Pesilat Kristian Ini Dedah Sebab Pakai Tudung Ketika Kejohanan

Penerbit Mahu Saman ZhafVlog Selepas Filem Gadis Jolobu Dinilai ‘5/5 Infinity Sh*t’