Nota Editor: Gambar-gambar dan maklumat disumbangkan oleh Puan Aina Mardhiah, seorang ibu surirumah dan usahawan produk kesuburan dan pakaian ibu menyusu. Artikel ini disiarkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau.

Sewaktu melayari sebuah FB page untuk kaum ibu, saya sungguh tertarik dengan satu set gambar permainan kanak-kanak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari jauh sudah terlihat ia terdiri daripada gabungan barangan harian. Dan yang lebih menarik ia dibuat sendiri.

Ada di antara barangan harian ini adalah barangan yang biasanya berbahaya buat anak-anak kecil. Barangan yang biasanya kita larang anak-anak kecil sentuh.

Hasil inisiatif dan kreatif ayah dan ibu, permainan yang diberi nama Happy Board atau Papan Gembira ini terbentuk.

Kalau anda perhatikan, barangan-barangan ini terdiri daripada alat-alat pertukangan. Paip, pili, suis, plug, selak pintu, tamborine, hon, roda, akuarium bersama pam pun ada. Hanya perlu lekatkan kepada sekeping papan dan pasakkannya ke dinding. Puan Aina dan suaminya menggunakan papan terpakai iaitu dinding daripada almari lama.

Anak-anak pasti puas bermain – mereka boleh pulas, buka, cabut, pasang, selak, tutup dan sangkut semua barangan di atas papan. Plug boleh dicabut dan dipasang semula.

Permainan dengan alat tukang ini memenuhi impian anak lelaki yang suka mengetuk, menghentam dan ‘memperbaiki’ permainan mereka.

Permainan ini juga dapat menajamkan fokus, merangsang otak kiri dan melembutkan pergerakan sendi pergelangan tangan dan jari jemari. Learning by play!

Kotak biru ini adalah pam air dan di atasnya adalah sebuah akuarium. Puan Aina dan suami akan meletakkan ikan tiruan, rumpai dan air di dalam akuarium. Apabila butang di kotak biru ditekan, air akan menjadi berombak.

Melihat kegembiraan anak-anak bermain, Puan Aina dan suami bercadang membuat papan lain dan meletakkan telefon dan stereng kereta.

Dan ini pula gambaran penuh Papan Gembira yang anda boleh tiru!

Selamat mencuba!

BACA: 15 Idea Hidangan ‘Lunch Box’ Yang Sangat Menarik Untuk Para Ibu Cuba

BACA Lagi: Seorang Ibu Menulis 13 Permainan Yang Kita Patut Tahu Jika Mahu Anak Pandai

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram