Samsung Malaysia semalam melancarkan Samsung Flip, papan putih digital ntuk pasaran Malaysia. Samsung ingin memudahkan anda untuk berkarya dan menerangkan sesuatu dengan papan putih pintar ini.

Ianya sesuai digunakan untuk kegunaan pejabat, sekolah mahupun di rumah. Skrin bersaiz 55-inch ini hadir dengan sistem operasi Tizen 3.0 dan boleh disambungkan terus ke computer, tablet atau telefon pintar untuk berkongsi kandungan. Jadi mudah untuk transfer terus apa yang anda lukis atau tulis di papan ini ke dalam telefon pintar anda.

Samsung Flip 1
Artis dan arkitek pasti sukakan Samsung Flip ini

Samsung Flip turut hadir dengan internal storage berkapasiti 8GB. Jadi anda tidak perlu risau jika mahu save kerja yang anda buat di Samsung Flip ini. Ciri keselamatan seperti password turut tersedia supaya kerja anda yang ada di Samsung Flip tidak boleh diakses oleh orang lain.

Meeting anda tidak lagi hambar dan lebih interactive dengan adanya Samsung Flip. Buat yang berminat, anda boleh membelinya di bermula hari ini pada harga RM12,999.