Sebuah filem hebat dari Hong Kong bakal menemui anda tidak lama lagi dan filem ini dihasilkan dengan kolaborasi 10 syarikat. Bukan itu sahaja, filem ini hadir dengan barisan pelakon hebat seperti Louis Koo, Jackie Chan, Michael Hui, Francis Ng, Julian Cheung dan banyak lagi.

Filem All U Need Is love ini mengisahkan tentang sebuah hotel secara tidak sengaja telah menjadi sebagai pusat kuarantin apabila disyaki menjadi punca penularan wabak coronavirus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, para pelanggan di hotel tersebut terpaksa menjalani kuarantin 14 hari. Sepanjang tempoh kuarantin, para pelanggan mula berkenalan antara satu sama lain untuk menghilangkan bosan dan terdapat banyak perkara melucukan berlaku.

Untuk pengetahuan anda, filem All You Need is Love ini akan menemui anda pada 22 April 2021. Jangan terlepas untuk menonton filem ini di pawagam terdekat anda dan berhibur bersama keluarga.

Pastinya filem ini akan mampu membuatkan anda dapat ‘relate’ dengan situasi yang berlaku terutama sekali yang menjalani kuarantin ketika pandemik. Adakah anda juga mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika dikuarantin?

Kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Perasan Bagus Dan Tidak Berdisiplin’- Fizz Fairuz Kecewa Dengan Sikap Pelakon Baru

Balas Dendam Atas Nama Persahabatan, Lihat Aksi ‘Awesome’ Carey Mulligan Dalam Promising Young Woman