PappaRich yang mempunyai 125 cawangan di seluruh dunia berdepan dengan masalah hutang sebanyak RM37.22 juta dan kini rangkaian restoran terbesar di Malaysia ini bakal berdepan dengan saman yang akan membawa kesan kepada penutupan operasi.

Petisyen yang dikemukan oleh Agathisfour Sdn Bhd terhadap Paparich Group Sdn Bhd (PGSB) di atas jumlah yang perlu dibayar oleh anak syarikat serta syarikat-syarikat berkaitan kepada Paparich Malaysia Sdn Bhd dan Roti-Roti International Sdn Bhd (RRI).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui satu laporan yang dikeluarkan oleh theedgemarkets.com, PGSB, Agathisfour dan Paparich Malaysia pada Mei 2014 telah memasuki satu perjanjian untuk Agathisfour memperoleh 4.47 juta saham di Papparich Malaysia dengan harga sebanyak RM24 juta dan 325,303 saham baru dalam syarikat dengan harga RM6 juta.

Melalui perjanjian tersebut, PGSB diwajibkan untuk menyelesaikan secara penuh jumlah hutang (bukan perdagangan) kepada Paparich Malaysia dalam masa 36 bulan dari tarikh perjanjian, ini termasuk hutang yang harus dibayar kepada RRI pada Oktober 2015.

Namun untuk hutang yang melibatkan RRI telah dilanjutkan tarikhnya hingga Mei 2017. Akan tetapi, Agathisfour menyatakan bahawa PGSB telah gagal untuk menyelesaikan sepenuhnya jumlah hutang atau menyelesaikan baki yang dihutang, berjumlah RM37.22 juta.

Akibat daripada gagal menjalankan tanggungjawab mengikut perjanjian yang telah ditetapkan, selain dari petisyen pergulungan atau winding-up, Agathisfour turut mengajukan kepada mahkamah untuk tindakan prestasi khusus perjanjian serta tuntutan ganti rugi.

Namun, saman ini masih belum selesai didengar di Mahkamah Tinggi.

Agathisfour berpendapat bahawa PGSB tidak mampu serta tidak dapat untuk melunaskan hutang mereka berikutan kegagalan syarikat untuk membayar RM1.069 juta dalam tempoh 21 hari.

Melalui akaun syarikat yang telah diaudit, PGSB merekodkan jumlah aset sebanyak RM25.85 juta, angka yang lebih rendah daripada jumlah liabiliti iaitu RM29.48 juta.

Melalui satu fail yang direkodkan di mahkamah mengenai perjanjian pada Mei 2014, ia menunjukkan bahawa PGB memiliki 70% kepentingan di Papparich Malaysia sementara bakinya 30% dipegang oleh Agathisfour. RRI yang terlibat di dalam perniagaan fancais restoren, pembuatan, pembekalan dan pengedaran produk makanan pula dimiliki 100% oleh Paparich Malaysia.

Menurut laman webnya, Paparich kini mempunyai 55 cawangan kedai aktif di negara ini sejak kali pertama dibuka pada tahun 2006. Operasi Papparich di luar negara pula dilakukan secara francais dan dikendalikan oleh ST Group Food Industries Holdings. Setakat Ogos 2019, mereka telah mengendalikan 35 restoran, termasuk di Australia.

Keuntungan PGSB mencatat penurunan sejak 2012 dengan syarikat jatuh ke tahap paling teruk pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018, dengan kerugian bersih RM11.93 juta.

Papparich Malaysia juga mencatat kerugian bersih RM536,547 pada tahun 2018 berbanding untung bersih RM1.36 juta pada 2017

Pada 2008, Starbucks dilaporkan telah hampir muflis. Ia disebabkan beberapa isu yang gagal dikendalikan oleh pengurusan lama. Tetapi Starbucks berjaya keluar dari masalah tersebut dengan beberapa langkah proaktif. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Hampir Muflis Pada 2008, Ini Yang Dilakukan Starbucks Untuk Menyelamatkan Diri