Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, semakin banyak pula hostel-hostel murah yang dibuka sebagai tempat penginapan backpackers semua.

Apa yang menariknya, kewujudan hostel-hostel ini turut memberikan pilihan alternatif kepada pelancong tempatan yang ingin melancong di dalam negara sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan harga yang sangat berpatutan, hostel-hostel ini turut menampilkan rekaan dan hiasan yang unik lagi kreatif sebagai tarikan pelanggan.

Paper Plane Hostel (27)

Paper Plane Hostel (21)

Paper Plane Hostel yang baru dibuka pada tahun 2015 ini juga merupakan satu lagi hostel yang menarik untuk kemudahan para backpackers sekalian. Namanya yang tersendiri merupakan ilham daripada permainan kapal terbang kertas semasa zaman kanak-kanak.

Paper Plane Hostel (16)

Sebuah hostel yang hip dan baru, ia diubahsuai dan dibina semula dari sebuah rumah zaman kolonial yang berusia 100 tahun. Tarikan di Paper Plane Hostel ini ialah hiasan dalamannya yang telah dihiasi dengan lukisan-lukisan dinding oleh para artis berbeza.

Paper Plane Hostel (5)

Paper Plane Hostel (19)

Setiap lukisan mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Selain itu, kedudukan lukisan-lukisan ini yang saling bersebelahan dan disusun dengan kreatif turut memberikan nafas baru bagi bangunan bersejarah ini.

Paper Plane Hostel (25)

Paper Plane Hostel (11)

Paper Plane Hostel (24)

Menawarkan 6 bilik dormitori serta 4 bilik peribadi, pastinya Paper Plane Hostel mempunyai jenis bilik yang sesuai dengan keperluan anda.

Paper Plane Hostel (6)

Paper Plane Hostel (12)

Bagi pengembara wanita, anda tidak perlu bimbang kerana turut tersedia bilik dormitori yang khusus untuk wanita sahaja.

Paper Plane Hostel (10)

Paper Plane Hostel (17)

Pada harga bermula RM70, hostel ini memberikan nilai yang hebat kepada para pelanggannya.

Paper Plane Hostel (8)

Paper Plane Hostel (7)

Paper Plane Hostel (9)

Istimewanya lagi, Paper Plane Hostel turut menyediakan rooftop garden, di mana ia merupakan the perfect spot to chill out bersendirian atau bersama teman.

Paper Plane Hostel (3)

Mungkin, di saat anda hanya mahu beristirehat setelah seharian berjalan-jalan di luar, menyendiri di rooftop garden merupakan pilihan terbaik. Cuba bayangkan, anda menghirup minuman kegemaran sambil menikmati indahnya langit malam. Wah!

Paper Plane Hostel (26)

Pendek kata, anda berasa seperti berada di rumah saat kaki melangkah masuk ke Paper Plane Hostel!

Paper Plane Hostel (1)

Paper Plane Hostel (4)

Paper Plane Hostel (13)

Paper Plane Hostel (2)

Paper Plane Hostel terletak di No. 15, Jalan Sin Chew Kee, 50150, Kuala Lumpur, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-2110 1676 atau 012-703 1676. Anda juga boleh layari laman web Paper Plane Hostel.

Terima kasih kepada Seng Chee Photography kerana membenarkan kami menggunakan hasil fotografi beliau yang superb ini!