Bermula dengan cadangan untuk mendapatkan Toyota Vellfire dan Honda Accord, pihak kerajaan secara rasminya pada minggu lalu telah mengumumkan bakal menggunakan Proton Perdana sebagai tanda sokongan kepada jenama kereta tempatan.

Walau bagaimanapun, pada minggu ini timbul lagi sebuah ura-ura dimana Proton Perdana yang bakal digunakan mungkin didatangkan dari China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
the new proton perdana 2016 malaysia launched 2
Sumber: Asian Auto Digest

Hal ini berikutan Proton dikatakan tidak mampu menawarkan model sedia ada kerana Honda kini tidak lagi membekalkan komponen-komponen tersebut. Untuk pengetahuan, model Proton Perdana sebelum ini adalah rebadge daripada Honda Accord.

Selain itu, pihak kerajaan juga mungkin terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk penyelenggaraan bahagian luar kenderaan memandangkan Proton Perdana hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding Honda Accord.

Kemungkinan besar Geely Borui yang digantikan dengan lencana jenama kebangsaan nasional antara keputusan yang bakal dipilih kerajaan bagi menggantikan model Proton Perdana sedia ada.

Bo-Rui-GE-Front
Sumber: Geely Global
Bo-Rui-GE-Back
Sumber: Geely Global

Sebelum itu, pihak Geely juga nampaknya perlu menyediakan Geely Borui versi pemanduan sebelah kanan memandangkan model sedia ada semuanya ditawarkan dengan pemanduan sebelah kiri untuk kegunaan pengguna di China.

Nampaknya pemilihan kereta rasmi untuk kegunaan para menteri dan ahli tertinggi kerajaan masih lagi menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikan model manakah yang bakal menghiasa jalan raya untuk kegunaan para menteri di Malaysia.

Kami kongsikan kepada kronologi berita mengenai pemilihan kereta rasmi untuk kegunaan para menteri dan pegawai tinggi di Malaysia.

Batal Hasrat Guna Vellfire, Kerajaan Pilih Untuk Kekalkan Penggunaan Proton Perdana

Vellfire Dan Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi

Sumber