Sejak Disney berjaya mendapatkan beberapa syarikat dan jenama besar seperti 20th Century Fox, Star Wars dan Pixar, ramai yang mula membuka mata mengenai syarikat terkenal di Hollywood ini.

Walau bagaimanapun, siapa sangka bermula dengan sekadar kerjasama antara dua syarikat, kini ura-ura semakin kuat mengatakan Apple berada dalam posisi terbaik untuk mendapatkan syarikat Disney.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
00DfboIkdx3ZUuOZtJUgU8l-1.fit_scale.size_2698x1517.v1569491949
Sumber: Pc mag

Semuanya disebabkan saham syarikat Disney yang jatuh mendadak disebabkan wabak coronavirus sekaligus membuka peluang buat syarikat Apple membuat bidaan besar-besaran dalam mendapatkan syarikat yang penuh dengan potensi ini.

Berdasarkan laporan, syarikat Disney terpaksa menanggung kerugian sebanyak $85 bilion (RM368.2 bilion) sejak tiga minggu terakhir ini manakala permodalan pasaran bagi Disney sekitar $165 bilion (RM714.7 bilion) ketika ini

Untuk pengetahuan, hubungan baik antara Disney dan Apple bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, dua syarikat ini pernah bekerjasama dalam memperkenalkan watch face Disney yang tersedia pada Apple Watch.

photo-by-alan-dejecaciongetty-images
Steve Jobs sewaktu menjadi CEO Pixar. Sumber: Biography

Selain itu, bekas CEO Apple, Steve Jobs juga merupakan salah seorang peminat Disney dimana beliau merupakan bekas CEO Pixar sebelum dimiliki oleh Disney. Malah, bekas CEO Disney yang baru sahaja meletak jawatan iaitu Bob Iger turut bersetuju sekiranya Apple bergabung bersama Disney.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang bidaan rasmi daripada pihak Apple mengenai pengambilalihan syarikat Disney. Mendapatkan syarikat Disney ini pastinya membuka lebih banyak potensi buat syarikat ini dengan adanya Apple TV, Disney+, hak cipta watak Disney sekaligus membolehkan syarikat ini menjadi kuasa besar bagi industri teknologi dan hiburan.

Agak mengejut namun siapa yang menyangka iPhone 11 dilaporkan masih berfungsi selepas dua bulan terendam di dalam tasik Disney.

iPhone 11 Ditemui Masih Berfungsi Selepas Dua Bulan Terendam Di Dalam Tasik Disney

Pelancaran Apple iPhone 9 Ditangguhkan Berikutan Wabak COVID-19

Apple iPhone 12 Mungkin Hadir Dengan Warna ‘Navy Blue’

Sumber