Filem terbaru daripada Paramount nampaknya tidak mendapat respon yang baik daripada peminat. Filem yang diinspirasikan daripada filem permainan video Sega, Sonic The Hedgehog menerima reaksi yang pelbagai dan kebanyakkannya adalah negatif.

Ianya berikutan watak Sonic yang tidak sama langsung dengan versi permainan video: tidak memakai sarung tangan serta kelihatan pelik apabila diterjemahkan kepada versi live action.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=FvvZaBf9QQI&t=4s

Pengarah filem Sonic The Hedgehog, Jeff Fowler menerusi laman Twitter menjawab tentang isu tersebut. “Anda tidak gembira dengan rekaan Sonic dan mahukan perubahan. Ianya akan berlaku. Kami di Paramount dan Sega akan terus komited untuk menjadikan watak ini dalam versi yang terbaik,” tulis Jeff.

Pihak Paramount pastinya akan mengambil inspirasi daripada karya fan art yang dihasilkan di laman Reddit, Twitter dan Deviant Art yang jauh lebih menarik berbanding versi Paramount. Namun, tidak semua perkara dalam trailer Sonic ini dipertikaikan. Watak Jim Carrey sebagai Dr Robotnik pula mendapat pujian daripada peminat.

Penukaran rekaan Sonic ini pastinya bakal mengambil masa yang lama dan menyebabkan waktu tayangan rasmi filem ini ditolak ke satu tarikh yang baharu. Yang pastinya, kos untuk pembikinan filem ini juga turut akan meningkat untuk membetulkan kembali ‘kesilapan besar’ oleh Paramount ini.

Pereka watak Sonic, Naoto Ohsima juga bimbang Sonic versi filem tidak disukai ramai. Harapnya pihak Paramount dan Sega dapat menghasilkan semula Sonic dalam versi yang lebih menarik di mata peminat setia Sonic The Hedgehog.