Parasite, filem dari Korea Selatan telah memenangi Best Original Screenplay di Anugerah Akademi ke-92. Mereka walau bagaimana pun menerima tentangan yang kuat dari empat filem lain, termasuk Once Upon a Time di Hollywood, 1917, dan Marriage Story.

Parasite telah menjadi filem keenam bukan dalam bahasa Inggeris yang memenangi anugerah ini dan yang pertama dalam 17 tahun, menurut The Hollywood Reporter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Diarah oleh Bong Joon-ho, Parasite menceritakan tentang keluarga yang licik dan bijak di mana mereka hidup dalam kekayaan orang lain. Skrip ini telah dihasilkan oleh Bong dan Han Jin-won.

Parasite telah memenangi Palme d’Or di Festival Filem Cannes pada tahun 2019, mereka juga telah menerima pelbagai anugerah, dengan beberapa penghargaan khusus untuk skripnya termasuk anugerah Bafta dan Writers Guild untuk skrip asal terbaik.

Anak Malaysia juga mencipta nama apabila berjaya melayakkan diri ke Oscar. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dokumentari Pendek Terbitan Anak Malaysia Ini Tercalon Ke Anugerah Oscar

 

Sumber