Dalam usaha Perancis untuk mengurangkan pencemaran udara, pihak berkuasa di Paris akan mengharamkan kereta di jalan-jalan utama di bandar itu sekali sebulan.

Pada Februari yang lalu, pegawai awam di Paris mengundi untuk menukar jalan ikonik di Paris, Champs-Élysées menjadi sebuah kawasan lapang untuk penduduk Paris dan pelancong menikmati jalan itu dengan aman tanpa perlu risaukan kereta pada hari Ahad pertama setiap bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pariss

Ada beberapa jalan lain di Paris yang turut sama ditutup sempena kempen Paris Breathes ini. Pada tahun lepas, indeks udara di Paris agak teruk sehinggakan pelancong dan penduduk Paris susah untuk melihat Eiffel Tower dengan jelas. Inilah antara sebab kenapa kempen ini dilancarkan.

Banyak lagi negara di Eropah akan mengikut jejak langkah Perancis ini dalam usaha mereka untuk mengurangkan pencemaran udara di Eropah. Norway mungkin akan mengharamkan terus kereta dari bandar Oslo pada tahun 2020. Ianya satu langkah yang baik untuk mengurangkan pencemaran udara dan climate change.

Kuala Lumpur sudah membuat kempen no car day ini setiap hari Ahad pertama setiap bulan dari jam 7.30 pagi – 9.30 pagi. Walaupun bukan untuk seharian, tetapi kita tetap ada peluang untuk enjoy suasana bandar KL tanpa kereta. Jom cuba naik basikal atau rollerblades hari Ahad pertama bulan hadapan.