Kota Paris yang terkenal dengan Menara Eiffel, kononnya lambang cinta dan romantik. Itu mungkin pendapat sesetengah orang, bagi saya itu hanyalah sebuah mitos. Realitinya kota Paris adalah kota penuh tipu daya.

Bagi saya kota Paris bukan tempat yang selamat, jauh sekali dengan istilah bersih. Paris sebenarnya dipenuhi sampah dan berbau hancing. Suasana romantik yang mana selalu diwar-warkan orang tidak dapat dirasakan, mungkin lain orang lain seleranya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengalaman saya bermusafir di kota Paris bukan sesuatu yang positif. Keluar sahaja dari airport Ch De Gaulle, saya terus disajikan dengan bau hancing kencing manusia di merata-rata kawasan metro (keretapi). Saya juga dihidangkan dengan pemandangan longgokan sampah sarap sepanjang menaiki metro selama beberapa hari di Paris.

48315900_2202443769768538_3814230485572255744_n

Lagi sadis, saya diseluk saku di kota Paris ini. Penyeluk saku di kota ini diiktiraf di antara yang terbaik di dunia. Saya tidak bersedia terkena musibah sampai tahap dunia masa tu, kerana saya juga pernah sampai di kawasan Eropah Timur yang dianggap jenayah tertinggi tetapi tiada pula saya mengalami peristiwa ngeri seperti di kota Paris ini.

Alhamdulillah kerana hati saya tergerak untuk menginsurankan semua yang saya bawa. Kepada rakan-rakan yang ingin mengembara, belilah insuran sebagai penyejuk hati yang lara jika ada apa-apa yang berlaku diluar jangkaan anda.

Yang lebih sadis, kita tidak akan nampak seorang polis pun di tempat-tempat jenayah ini. Penyeluk saku boleh sempat minum kopi selepas menyeluk saku. Tidak perlu tenaga untuk melarikan diri. Lagi satu, pengalaman saya berurusan dengan balai polis disini seperti berurusan dengan negara ketiga. Memang sangat sadis, polis hanya menerima laporan waktu pejabat sahaja. Mereka fikir jenayah ini akan berlaku waktu pejabat sahaja?

47685533_2202443649768550_4684844403993346048_n

Tidak perlu diceritakan lagi kisah untuk buat laporan, nak masuk sampai kaunter balai dia pun sesusah menembusi kubu Hitler. Berlapis-lapis jeriji besi yang perlu dilalui, dan anda akan menempuhi soal siasat melalui interkom dalam bahasa yang sangat sukar difahami. Sejam selepas itu baru dapat keĀ  kaunter, itupun kalau dapat ke kaunter selepas harus melalui setiap jalan yang berjeriji besi. Masa ini lah saya sangat bersyukur hidup di Malaysia, terima kasih sahabat-sahabat polis kita di Malaysia.

Kota Paris ini dipenuhi dengan Orang ‘gypsy’ yang menyamar kononnya mereka orang Syria. Kalimah Syahadah pun mereka tidak tahu dan muka seperti ‘mat salleh’. Mereka melakukan pelbagai cara penipuan dan target utama mereka adalah para pelancong asing.

Rusuhan di sini juga kerap berlaku, terutamanya hujung minggu, mereka suka membakar sehingga hampir semua benda ingin dibakar mereka, terutama sekali kereta polis. Nasib kami baik, selepas melawat tugu di kota itu, terus berlaku rusuhan yang sangat teruk sehingga habis kesemua dibakar mereka.

Kalau tiada hal yang penting untuk diuruskan di kota itu, kota Paris memang bukan pilihan saya lagi. Biar lah Malaysia ‘mundur’ kalau ini lah cerminan negara ‘maju’. Banyak lagi kota negara Eropah yang cantik dan selamat yang boleh dilawati selain Paris.

InShaa Allah akan saya kongsikan catatan saya mengembara di 7 negara secara ‘backpacker’. Mana lah tahu boleh dijadikan rujukan kawan-kawan yang ingin mengembara ‘backpacker’. ‘Backpack’ sebenarnya mengajar kita erti tawakkal.

Jauh-jauh merantau, saya akan lebih bersyukur menjadi anak Malaysia. Negaraku tercinta.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.