Setelah mengikat kontrak bersama pengeluar barangan sukan terkenal, Nike selama 30 tahun, Paris Saint-Germain mengumumkan mereka menandatangani perjanjian terbesar dalam sejarah kelab apabila melanjutkan kerjasama antara kedua pihak sehingga tahun 2032.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berkata perjanjian tersebut merupakan satu pencapaian tersendiri buat kelab itu memandangkan prestasi yang diraih di peringkat global serta cita-cita yang dimiliki mereka pada masa akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Nasser-Al-Khelaifi-PSG
Sumber Gambar: Airtel

“Nike telah menjadi rakan kongsi setia untuk kelab dan perjanjian ini menjadi bukti komitmen yang dimiliki oleh mereka untuk bekerjasama bagi tahun-tahun yang akan datang,” kata Nasser Al-Khelaifi.

Kerjasama antara Nike dan PSG tidak hanya melibatkan pasukan bola sepak lelaki dan wanita sahaja malah pasukan bola baling kelab itu turut mendapat tajaan.

Paris Saint-Germain ketika ini dinilai dengan tanda harga sebesar $1.1 billion. Sejak diambil alih oleh Qatar Sports Investment pada 2011, kelab tersebut telah berjaya merangkul 21 kejuaraan.

Paris-Saint-Germain-celebration-PSG-vs-Dijon-Ligue-1-2019
Sumber Gambar: PSG talk

Untuk makluman, PSG telah memakai sebanyak 71 jersi berbeza yang direka oleh Nike sejak 30 tahun yang lepas. Kolaborasi antara keduanya juga mengeluarkan produk selain jersi seperti ‘sneakers’ Air Jordan.

psg-nike-air-jordan-6-release-date-price-09

Pihak Nike mahupun Paris Saint-Germain belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai nilai perjanjian yang telah ditandatangani.