Ketika ini, drama The Penthouse menjadi drama pilihan penonton terutama sekali rakyat Malaysia. Mana tidaknya, darah anda pasti ‘naik’ takkala menonton drama ini.

Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah watak Gu Ho-dong dan Logan Lee yang dilakonkan oleh Park Eun Seok. Kenapa? Watak Gu Ho-dong kelihatan agak pelik dan selekeh manakala watak Logan Lee tampil dengan rupa paras yang kacak dan kemas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/opqrstuvwxyuki_/status/1337290266114359299

Kemunculan Park Eun Seok dalam drama The Penthouse ini turut berjaya mencuri perhatian netizen. Identiti Logan Lee iaitu abang kepada mendiang Min Seol-ah membuatkan ramai penonton berdebar untuk ketahui rancangannya untuk membalas dendam atas kematian adiknya.

Walaupun tidak membawa watak utama dalam The Penthouse tetapi wataknya tetap menjadi bualan ramai. Apakah pendapat anda akan lakonan Park Eun Seok dalam drama ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan drama Korea pada pautan di bawah ini.

Selepas World Of Married, Drama The Penthouse Pula ‘Trending’ Di Malaysia Dan Ini Sebabnya

‘Trending’ Di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem The Call

Jadi Kegilaan Ramai Selepas Start-Up, Ini Senarai Drama Untuk Anda ‘Marathon’ Lakonan Kim Seon Ho