Bagi peminat K-Drama, Park Seo-joon merupakan pelakon yang berjaya memikat hati para penonton dengan bakatnya. Beliau mula dikenali sejak drama Kill Me, Heal Me dan mencipta fenomena dengan drama Itaewon Class pada tahun ini.

Difahamkan, Park Seo-joon telah membeli sebuah bangunan di Sinsa-dong, Gangnam, Seoul bernilai 11 bilion won (~RM40.2 juta) pada awal tahun. Bangunan tersebut terletak di jalan Rodeo dimana ia sebuah kawasan penting berdekatan dengan tempat perhentian bas.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

View this post on Instagram

ep.8

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on

Park Seo-joon dapat membeli bangunan itu dengan harga lebih murah kerana bangunannya yang lama berbanding bangunan lain berdekatan. Sebenarnya, bangunan 6 tingkat itu sudah bertapak sejak 1986 dan telah diubah suai dengan struktur moden dan warna yang menarik.

View this post on Instagram

날이 좋아서

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on

Apa yang membuatkan ramai terkejut, Park Seo-joon telah menawarkan sewa di bangunan tersebut dengan harga murah untuk kakitangan stylist dan jurusolek yang sudah lama bekerja dengannya demi membantu mereka.

Keputusan itu diambil selepas mengambil kira situasi kewangan mereka dan Park Seo-joon mahu mengekalkan hubungan baik bersama mereka. Malah, kedai-kedai di tingkat 3, 4 dan 5 sudah mula dipenuhi dengan peniaga. Terbaiklah Park Seo-joon!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan K-Pop pada pautan di bawah ini.

Ada Apa Dengan #HiByeMama Yang Kini Trending Di Twitter

Kajian Mendapati Malaysia Negara Ke-7 Paling Banyak ‘Membawang’ Mengenai K-Pop

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop

Anda Mungkin Suka