Kes kecurian kereta adalah sesuatu yang sering berlaku dan sememangnya sukar untuk dielakkan di negara ini.

Walaupun berbagai langkah pencegahan dan perlindungan yang telah diambil, jika kumpulan atau sindiket yang mahu mencuri kereta kita mereka pasti akan dapat melakukannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini terbukti apabila seorang pengguna Facebook, Nic Wang berkongsi kisah keretanya Honda CRV yang diletakkan di dalam kawasan mall berjaya dilarikan oleh pencuri dalam masa sekitar 20 minit sahaja.

Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan agak sukar untuk si pencuri melakukan kerja terkutuk mereka jika diletakkan di kawasan berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan.

Namun tidak buat Nic Wang yang melalui perkongsiannya memberitahu pencuri hanya memerlukan tempoh masa seminit sahaja untuk membuka kunci keretanya.

“Jadi saya fikir ini adalah tempat yang selamat memandangkan ia berada dalam mall. Mereka juga ada Polis Bantuan yang memantau keselamatan. Tetapi rupanya saya silap,” kongsi Nic di Facebook.

Menurut Nic, dia menyedari keretanya sudah tiada di tempat meletak kenderaan yang diletakkan pada awal pagi tadi ketika hendak pulang ke rumahnya dari mall tersebut.

Tidak mahu panik dengan situasi tersebut, Nic kemudiannya menuju ke pejabat keselamatan mall tersebut untuk membuat laporan tentang kehilangan keretanya itu dan paling mengejutkan dia tidak dibenarkan untuk membuat laporan polis sehingga pihak keselamatan melihat rakaman CCTV terlebih dahulu.

Bagaimanapun selepas semua prosedur dilakukan pihak bertanggungjawab, dia akhirnya melakukan laporan polis dan berjaya melihat dengan matanya sendiri bagaimana kereta Honda CRV miliknya dilarikan.

Berikut adalah kronologi bagaimana kereta Honda CRV tersebut dicuri menurut perkongsian yang dibuat Nic.

  • 2.13 pm – Sebuah Perodua Alza berwarna Silver diliha memasuki parking bawah tanah EkoMall melalui Gate 1. CCTV berjaya merakam mereka berpusing di sekitar kawasan parking mencari mangsa.
  • 2.25 pm – Mereka mengenal pasti kereta CRV milik saya (Nic) dan berpura-pura menunggu parking dan kemudian seorang lelaki turun dari kereta tersebut (Alza) dan membuka kunci kereta saya kurang dari 1 minit. Dia kemudiannya membuka bonet hadapan untuk memeriksa GPS dan melakukan apa yang perlu sebelum melarikan kereta itu.
  • 2.47 pm- Kedua-dua kereta Alza dan CRV itu meninggalkan mall. Alza tersebut menggunakan kad Touch n Go yang sama dan kereta CRV saya mengekori rapat daripada belakang sebelum palang dijatuhkan.

“Sekarang, pencuri yang mengambil kereta saya, mereka membuka kunci pada 2.25 petang dan meninggalkan mall itu pada 2.47 petang.

“Di sana ada pos pengawal keselamatan yang jaraknya hanya selang sepuluh kereta dan kereta itu juga diletakkan selang 10 kereta dari pintu keluar dan lapan kereta sahaja dari pintu masuk mall tersebut. 20 minit dan tiada sesiapapun yang perasan sesuatu sedang berlaku,” keluh Nic.

Bagaimanapun, kereta Honda CRV milik Nic itu akhirnya berjaya dijumpai dalam keadaan selamat dua hari kemudian hasil kerja cekap dan pantas pihak Polis Di Raja Malaysia yang menemukan kereta tersebut ketika ia sedang sedia untuk dijual.

“Suspek telah ditangkap dan saya harus memuji tindakan PDRM, pegawai mereka daripada D4 IPK Kuala Lumpur dan Sarjan Asmadi dari IPD Cheras yang bekerja keras sehingga jam 3 pagi dan sentiasa memaklumkan kepada saya perkembangan semasa (butiran lanjut akan saya kongsikan bila tiba masanya),” kongsi Nic yang gembira dengan tugas dilakukan pihak polis.

Kalau tak mampu untuk membeli kereta, janganlah kita mencuri kereta orang lain pula. Kalau tak boleh yang baru, yang second hand pun apa salahnya seperti kereta ‘Back to The Future’ ini yang sedia untuk dijual. Klik pautan di bawah di bawah untuk membaca. 

Kenderaan ‘Back To The Future’ Di Sarawak Sedia Dijual Dengan Harga RM198,000

Suami Sanggup Curi Kereta Demi Penuhi Hasrat Isteri Mengidam Honda Jazz

Kereta BMW 750iL Tempat Tupac Shakur Mati Ditembak Dijual Dengan Harga RM7 Juta