Selepas dua dekad beroperasi, pusat membeli-belah ternama di Malaysia, Parkson bakal menutup cawangannya di Suria KLCC.

Parkson merupakan antara penyewa terawal ketika Suria KLCC dibuka kepada umum pada 1998 yang meliputi kawasan seluas 126,000 kaki persegi. Dikhabarkan juga Parkson Suria KLCC sedang menjalankan moving out sale sehingga 17 Februari 2019.

https://twitter.com/HakeemAnas/status/1091681901209763843

Parkson turut menutup cawangan mereka di Sungei Wang Plaza selepas beroperasi sejak 1987. Memetik laporan daripada The Star, jurucakap daripada Parkson berkata penutupan ini perlu kerana perubahan gaya orang ramai berbelanja kini sudah berubah.

Antara item yang pastinya menjadi rebutan ramai adalah bahagian minyak wangi dan dikhabarkan harga untuk semua barangan akan dikurangkan sempena jualan perpindahan ini.

Sumber