Sehubungan dengan pengumuman terbaru yang dibuat Datuk Seri Najib, parlimen Malaysia sah dibubar esok. Perdana Menteri Malaysia menyeru ketua kerajaan negeri dapatkan perkenan pembubaran DUN supaya PRU dapat diseleras secara serentak di seluruh negara.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, para pemerhati politik turut menjangkakan pilihan raya umum bakal diadakan pada minggu pertama Mei 2018 sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa.

p5_1496215617

Setakat suku keempat 2017, difahamkan jumlah pengguna berdaftar dan layak mengundi adalah sebanyak 14.9 juta. Dalam pada itu, difahamkan masih terdapat 3 juta Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Sama-sama kita nantikan tarikh keramat pilihan raya yang bakal diumumkan tidak lama lagi.