Video parodi Avengers: Infinity War yang dimuat naik ke laman sosial Twitter oleh @awesomerawks atau Aiman Sany 2 hari lepas mendapat perhatian para peminat filem tersebut. Turut memberikan respon dan pujian, pengarah filem tersebut @Russo_Brothers.

Video yang berdurasi 2:20 minit itu dimuat naik dengan caption “Who did it better? @MarvelStudios” kini menjadi tontonan 1.63 million penonton, lebih 80 ribuĀ retweet dan 55 ribu like. Menurut Aiman, video tersebut pada mulanya dirakam untuk tugasan projek kelas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/awesomerawks/status/975157041130979328

Babak demi babak dalam video asal dirakamkan semula dengan prop yang mudah didapati disekeliling mereka untuk menghasilkan kesan seperti dalam video asal sebagai contoh, pinggan bulat berwarna putih digunakan untuk menyerupai kesan kuasa yang dimiliki oleh Doctor Strange.

Kreativiti dan bakat para pelajar ini kemudian mendapat perhatian para pengarah filem tersebut yang memberikan respon dalam tweet berikut.

https://twitter.com/Russo_Brothers/status/975468442131210240

Video tersebut bukan sahaja mampu membuatkan penonton tidak kering gusi malah turut kagum dengan kebolehan para pelajar tersebut untuk mengekspresikan kreativiti mereka.