Hari yang sangat ‘hangat’ buat seluruh rakyat Malaysia serta ahli parlimen. Baru sahaja Tun Mahathir mengumumkan secara rasmi peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, nampaknya politik negara menyaksikan sebuah lagi kejutan.

Terbaharu, Tan Sri Muhyidin Yassin secara rasmi telah mengumumkan parti BERSATU secara rasmi telah keluar daripada muafakat Pakatan Harapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan tidak hanya Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali selaku individu berpengaruh dalam PKR serta 10 ahli lain secara serentak telah mengumumkan tindakan yang sama dan bakal membentuk sebuah blok bebas.

Keputusan dan tindakan yang dibuat ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat sekaligus mengurangkan jumlah majoriti ahli parlimen dalam muafakat Pakatan Harapan. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam landskap politik negara oleh ahli parlimen yang terlibat.

Dalam tempoh beberapa jam sahaja, Malaysia menyaksikan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, pengunduran parti Bersatu daripada muafakat Pakatan Harapan diikuti dengan beberapa ahli parlimen PKR.

11 Ahli Parlimen PKR Keluar Parti, Bentuk Blok Bebas Parlimen Bersama Azmin Ali

Tun Mahathir Dilaporkan Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada YDPA