Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi mengumumkan kerajaan akan melancarkan pas perjalanan tanpa had pengangkutan awam bulanan yang dikenali sebagai MY30.

Inisiatif itu bakal menyaksikan para pengguna hanya perlu membayar sebanyak RM30 sebulan untuk menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan syarikat Prasana di Lembah Klang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pas tersebut yang akan mula berkuatkuasa 15 Jun sehingga Disember tahun ini bakal meliputi perkhidmatan pengangkutan awam yang berada di bawah Prasarana seperti LRT, MRT,Bas Rapid KL dan juga perkhidmatan monorel.

Selain pengumuman pas perjalanan pengangkutan awam tanpa had, perdana menteri dalam perutusannya sebentar tadi turut mengumumkan kerajaan akan memberi kredit sebanyak RM50 ke dalam akaun e-wallet.

Peruntukan itu juga menurut beliau akan turut dipadankan dengan pemberian cashback sebanyak RM50 yang akan mula berkuatkuasa Julai ini.

Buat netizen teruja

Pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana itu turut menerima reaksi positif daripada kalangan netizen terutama dengan pengumuman pas perjalanan tanpa had MY30 dan pemberian kredit e-wallet tersebut.

Semakan kami di laman media sosial Twitter mendapati rata-rata netizen menumpukan perhatian terhadap pengumuman insentif-insentif yang diberikan kepada individu-individu berbanding kepada sektor ekonomi.

Pengumuman itu menurut mereka secara tidak langsung dapat membantu perbelanjaan masyarakat ketika ini yang terpaksa berhadapan dengan kesukaran ekonomi berpunca daripada penularan wabak COVID-19.

https://twitter.com/ifarhan_rosdi/status/1268816429291171841?s=20

https://twitter.com/_aisyahv/status/1268817474201374720?s=20

Pengumuman kali ini bukanlah kali pertama yang memanfaatkan individu-individu di seluruh negara, malah sebelum ini kerajaan juga mengumumkan pelan rangsangan yang turut melibatkan pemberian BPN. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Empat Bantuan Prihatin Nasional Secara ‘One-Off’ Yang Anda Perlu Tahu

Ini Cara Semak Dan Memohon Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Mulai 1 April