Gara-gara memasang Jalur Gemilang di sebuah lori sampah secara terbalik, seorang lelaki warga tempatan dan empat pekerja Bangladesh ditahan pihak polis pada semalam.

Kejadian memasang bendera secara terbalik itu mula dikesan selepas perkongsian video yang menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik itu tular di media sosial sejak semalam.

Dalam perkongsian video pendek tersebut, seorang lelaki dilihat menegur dan memarahi pemandu lori sampah tersebut kerana tidak memasang bendera dengan betul.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, kejadian malang tersebut dilaporkan berlaku di Bandar Country Homes Rawang.

Susulan daripada laporan polis yang dibuat perakam video tersebut, pihak polis akhirnya menahan pemandu lori sampah itu bersama empat lagi warga Bangladesh pada semalam.

“Pengadu lelaki berusia 36 tahun itu kemudian memberhentikan lori berkenaan dan menegur pemandunya selain merakam insiden berkenaan dan tular dalam laman media sosial.

“Pengadu kemudian membuat laporan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Kesemua mereka dijangka akan direman hari ini dengan siasatan dijalankan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Baca juga kisah lelaki ini yang bertuah kerana memiliki nama Merdeka dan boleh memesan apa sahaja secara percuma di kedai kopi di pautan di bawah. 

Nama ‘Merdeka’ Bawa Tuah, Sebut 3 Kali Boleh Pesan Apa Sahaja Secara Percuma

Kemerduan Guru Ini Dendangkan Syair Merdeka Curi Perhatian Netizen

Sumber