Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mahu majlis perkahwinan berjalan lancar dan mempunyai gambar yang cantik. Malah, zaman sekarang banyak pasangan pengantin memilih untuk bergambar pra perkahwinan dan pemilihan jurugambar serta tema sangat penting.

Kreatif dan lain daripada lain apabila pasangan dari Filipina ini telah memilih tema berkonsepkan drama siri Money Heist kegemaran mereka. Gambar pra perkahwinan pasangan tersebut iaitu Andrew dan Inez mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia.

124164902_2074167682717693_4368966431963098454_o

125072708_2074167272717734_90443560221924891_o

Mencuri tumpuan para peminat Money Heist apabila bangunan dalam gambar tersebut seperti ‘Bank of Spain’ dalam siri Netflix itu. Untuk pengetahuan anda, gambar-gambar tersebut diambil di kuil Leah di Cebu, Filipina.

Bukan itu sahaja, pasangan tersebut yang lengkap memakai seragam dan prop hampir sama dengan dalam siri membuatkan ramai kagum atas usaha mereka bagi menghasilkan gambar pra perkahwinan mereka. Malah, video juga dihasilkan dan hasilnya cukup menakjubkan.

124165951_2074166236051171_67604271240442471_o

124227774_2074165272717934_5742029874910487812_o

Minat yang mendalam mendorong pasangan ini tampil kreatif dalam penghasilan gambar pra perkahwinan dengan konsep siri Money Heist. Jika anda mahu mengambil gambar perkahwinan kelak, apakah konsep yang anda ingin tampilkan?

Kami kongsikan beberapa artikel berkaitan jurugambar pada pautan di bawah ini.

Jurugambar Ini Serlahkan Kreativiti Tangkap Gambar Gunakan FaceTime Menerusi Sesi ‘Photoshoot Online’

4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda

Gambar Oleh Jurugambar Dari Malaysia Ini Mendapat Perhatian ‘Rangefinder Magazine’