Jika di Malaysia, nama anak-anak kecil terutama daripada generasi baru sentiasa menjadi perhatian kerana ejaan, sebutan atau panjangnya sesuatu nama berkenaan.

Tetapi di Indonesia lain pula ceritanya apabila sepasang ibu bapa di Gresik, Jawa Timur menjadi perbualan kerana meletakkan gelaran Dot Com dalam nama ketiga-tiga anak mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

dotcom

Menurut laporan portal berita Indonesia, Tribunnews.com, penggunaan dot com dalam nama mereka dipilih setelah ibu bapa mereka bertemu jodoh melalui ruangan chat Alamak.com pada 1999 dahulu.

“Ibu bapa saya sendiri yang cerita, pertemuan mereka bermula dari media sosial menggunakan chatting di Alamak.com dan itu tahun 1999,” jelas salah seorang anak mereka, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com.

Semua ada Dot Com

“Saya anak kedua dari tiga beradik.

“Adik beradik saya termasuk sekali dengan saya semuanya mempunyai dot comnya,” jelasnya lagi.

Dua lagi adik beradiknya pula adalah Salsabila Shofwah Alamak Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Walalupun sering dipersenda ketika kecil kerana mempunyai nama seperti laman sesawang, namun beliau menjelaskan mereka kini boleh berbangga dengan nama berkenaan dan mula dikenali ramai orang.

“Awalnya dulu ketika masih kecil saya merasa malu mempunyai nama tersebut.”

“Tapi setelah menginjak dewasa nama itu menjadi sebuah kebanggaan tersendiri.”

Terdahulu, nama mereka mula menjadi perhatian selepas satu senarai nama yang menunjukkan nama dengan gelaran Dot Com mula tular di aplikasi perkongsian video TikTok.

Video yang dimuat naik sejak enam hari lalu itu sudah pun mencatatkan hampir 400,000 tontonan dan menerima reaksi pelbagai daripada netizen. Anda boleh menonton video penuh perkongsian penuh di bawah.

https://www.tiktok.com/@wakelotkangcopet88/video/6912605420729191682?referer_url=https%3A%2F%2Fera.je%2F&referer_video_id=6912605420729191682

Baca juga perkembangan semasa luar negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Muka Lelaki India Dengan Misai Tebal Sering Jadi Bahan Jenaka, Siapa Sebenarnya Dia?

Disangka Miliki Semangat ‘Mistik’, Pencipta Dybbuk Box Jelaskan Perkara Sebenar