Pasangan pengantin dari Kuala Lumpur, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29 mencipta sejarah unik apabila menjadi pasangan pertama di negara ini yang melangsungkan perkahwinan atas talian.

Majlis akad nikah itu diadakan di dua lokasi berbeza dengan pengantin perempuan bersiaran langsung daripada rumahnya di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak dan pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jawi 1

Difahamkan, majlis tersebut terpaksa dilakukan secara atas talian kerana kekangan yang dihadapi daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Tambah menarik, majlis akad nikah itu bukan sahaja unik kerana pertama kali diadakan dengan cara sedemikian, malah ia turut disaksikan seluruh negara melalui  Facebook Live Berita AlHijrah

Antara yang tidak ketinggalan menyaksikan majlis akad nikah penuh bersejarah itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail yang dilihat turut berada di lokasi majlis melalui satu kiriman gambar yang disertakan.

jawi

Menurut laporan portal ALHIJRAH ONLINE, majlis nikah atas talian itu dilakukan selaras dengan kebenaran dikeluarkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum ini yang membolehkan pasangan melaksanakan akad secara sidang video.

Sejak PKP dilaksanakan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebelum ini menjelaskan terdapat peningkatan mendadak dalam bilangan aduan berhubung suami tidak membayar nafkah. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lima Aduan Dalam Masa 5 Hari, Laporan Suami Tidak Bayar Nafkah Naik Mendadak Ketika PKP

Tuah Bisnes Majlis Perkahwinan, Mila Jirin Kini Miliki 10 Aset Hartanah

Terengganu, Kelantan Antara Tujuh Negeri Yang Menolak Larangan Perkahwinan Bawah Umur