Ramai yang berfikir minat melancong akan terus terkubur sebaik sahaja menamatkan zaman bujang terutamanya bagi golongan wanita oleh kerana beberapa alasan seperti sulit untuk membawa bayi. Namun tiada yang mustahil jika anda sudah mempunyai persediaan yang rapi sebelum berangkat untuk memudahkan semua urusan ketika anda melancong nanti.

Seorang YouTuber yang dikenali sebagai Syahid Rushdan semalam baru sahaja berkongsi tips melancong bersama bayi berusia 6 bulan ke Jepun. Apa yang menarik perhatian kami ialah cara penyampaian, editing dan susunan video yang menarik, bukan sahaja anda dapat tips tetapi juga dapat melihat lokasi menak yang dikunjungi oleh keluarga kecil ini ketika mereka di Jepun. Video yang disampaikan secara bersahaja tetapi padat dengan tips pastinya boleh difahami dengan mudah. Berikut kami sertakan sekali video tersebut untuk tontonan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.