Menunaikan haji bagi yang berkemampuan merupakan Rukun Islam yang kelima. Jadi sudah semestinya ibadah ini menjadi impian untuk setiap umat Islam. Begitu juga buat pasangan Adnan Abdullah dan isteri, Hadibah Idris yang memilih untuk memandu sendiri dari Shah Alam ke Mekah.

says-pasangan ke mekah

gagaga-671×377
HYPE
Kerana Sehelai Kertas, Hidup Syafie Naswip Berubah
Baca lagi →

Pasangan ini memulakan perjalanan dari Shah Alam 2 Mei lalu dengan memandu sebuah Ford Ranger 2.5 WLT hasil pemberian 5 orang anak pasangan ini. Kenderaan tersebut telah diubahsuai dan diberi gelaran ‘unta kurus’. Kenderaan ini turut dilengkapi dengan sistem kuasa solar, katil, dapur kecil dan ruang berehat.

pasangan-ke-mekah-tunai-haji-4

Proses pengembaraan ini turut dibantu oleh anak-anak pasangan ini iaitu Syrrusilah yang bertanggungjawab terhadap sistem solar kenderaan ini, Syrrulfarah dan Syrrushaqwa yang bertanggungjawab atas perkara teknikal seperti dokumentasi dan kewangan serta Syrrunnaja dari segi bekalan perubatan memandangkan beliau merupakan seorang doktor.

Menurut pasangan yang merupakan bekas pensyarah ini perjalanan ke Mekah ini sudah dirancang bertahun-tahun lamanya. Tambah mereka perjalanan ini dianggap sebagai ganjaran kepada diri sendiri setelah bertahun-tahun menggalas tanggungjawab untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan keluarga. Menjawab pertanyaan mengapa tidak ke Mekah dengan menyertai rombongan seperti orang lain kebiasaannya, pasangan ini ringkas menjawab mereka pilih untuk menempuhi laluan yang sukar.

pasangan-ke-mekah-tunai-haji-6

Pasangan ini berjaya mencatatkan pemanduan sejauh 500 kilometer selama 3 bulan merentasi pelbagai negara seperti Thailand, Myanmar dan India. Menurut mereka, tempoh yang paling mencabar ialah ketika bulan Ramadhan lalu apabila mereka berdua susut berat badan akibat terlalu bergantung pada bekalan roti dan serunding sahaja untuk bersahur dan berbuka. Pasangan ini dijangka bakal tiba di Mekah pada bulan hadapan.

Anda Mungkin Suka