Nota Editor: Kisah ini berlaku pada Disember 2014. Pasangan Shafiq Abu Bakar dan Nurun Najat bakal menimbang cahaya mata. Namun begitu, atas kuasa Allah, anak mereka meninggal dunia minit-minit terakhir sebelum bersalin. Walaupun begitu mereka tetap redha malah bersyukur dengan apa yang berlaku

ISNIN, 1 DISEMBER 2014
Si ibu mula demam teruk dan berlarutan beberapa hari. Kandungan si ibu telah mencapai usia 9 bulan dan hanya menunggu masa untuk lahir ke dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
    “Maafkan saya kawan2. Saya sangat malas untuk menjawab sebarang panggilan telefon dan whatsapp daripada kalian. Melainkan saya yang menghubungi kalian. Jika ada sebarang mesej penting sila tinggalkan di mesej atau whatsapp saya. Semalam dan kelmarin, 2 hari saya biarkan telefon mati tanpa dicaj. Manakan tidak, demam teruk bangun hanya untuk solat, menjamah sikit makanan dan minum. Selebihnya terlantar di atas katil. Terima kasih atas kerjasama kalian”

JUMAAT, 5 DISEMBER 2014
08:21pm – Demam si Ibu masih tidak larut. Selepas pulang dari kerja, si Ayah menemani si Ibu ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan di klinik. Doktor di klinik mengesahkan air ketumban telah berkurangan dan tekanan darah rendah. Mereka dirujuk ke PPUM.

    “Monthly checkup lagi. Dengan mamai dan badan tidak cergas, gagahkan diri (juga) pergi ke ‘checkup’ demi anak tersayang. Umi mesti kuat demi anak umi dan abi. Doakan umi sihat cepat ya sayang!”

SABTU, 6 DISEMBER 2014
02:00am – Mereka di PPUM. Keadaan semakin kritikal. Si ibu mula muntah-muntah. Kesihatan si ibu semakin merosot tetapi mereka masih menunggu

    “Both of us are sleepy. After drinking hot tea and solat isya, still not our turn right again. Memang suruh bawak toto n berkampung di sini gamaknya. Hihi”
    “Ya Allah. Permudahkanlah. Lamanya tunggu. 4 jam dah tunggu. Ramai sangat ke orang kat PPUM ni. Adoi”

03:45am – Si Ayah risaukan keadaan si Ibu

04:11am – Tiba giliran mereka. Selepas kandungan si Ibu diperiksa, dengan berat hati doktor mengesahkan anak mereka telah meninggal dunia. Tiada degupan jantung. Mereka terkejut dan bersedih. Si Ibu mengalirkan air mata. Walaupun begitu si Ayah tetap tabah atas apa yang berlaku

    “Alhamdulillah atas ujianmu ya Allah, tidak terungkap dengan kata-kata”

capik2

11:00am – Arwah anak mereka masih didalam rahim si Ibu. Doktor masih berkira-kira untuk mengeluarkannya

    “Minta kawan-kawan doakan isteri saya. Doktor tengah ‘decide’ cara nak keluarkan baby. Jadilah apa cara sekalipun asalkan yang terbaik untuknya”

09:00pm – Doktor membuat keputusan untuk memberikan ubat ‘bersalin’ kepada si Ibu untuk membolehkan beliau bersalin secara normal

    “Keadaan isteri sangat lemah. Doktor bagi ubat beranak pada isteri. Semoga dapat bersalin arwah anak kami secara normal. Sangat-sangat perlukan doa kalian untuk memberi kekuatan dan semangat pada isteri. Semoga Allah memakbulkan. Kesian isteri saya”

AHAD, 7 DISEMBER 2014
12:40am – Akhirnya, jasad seorang bayi penghuni syurga telah selamat dilahirkan ke dunia.

    “Isteriku yang tercinta berjaya melahirkan jasad seorang putera dari syurga. Keadaan isteri sekarang stabil. Insyaallah akan keluar dari ICU dlm masa 48jam. Doakan isteri saya terus kuat dan stabil. Putera syurga kami akan kami semadikan di Shah Alam. Insyallah. Alhamdulillah”

capik3

Kata-kata dari Si Ayah
Tahun ini tidakku duga aku akan khawin. Tidak juga ku duga akan dikurniakn cahaya mata. Nampak tak disitu. bahagia sangat aku tahun ini.
Tetapi didalam hati berkata,

    “Tuhan tidak beri aku ujian apa-apa ke pada aku tahun ini macam tahun-tahun sudah?, Alhamdulillah, hari ini, Allah beri aku suatu ujian yg berat sangat bagi ku dan isteri”

Kepada anak lelaki ku yang tidak sempat menjengah ke dunia. Aku doakan semoga dikau tunggu abi mu dan ummi mu di pintu syurga. Allah, tolong jagakan dia untukku

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram