Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan agar detik-detik bersejarah mereka ditangkap dengan cantik supaya memori tersebut akan kekal menjadi memori terindah mereka.

Akan tetapi, kadangkala apa yang kita rancang mungkin tidak akan seperti yang kita harapkan. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @apizhazmi yang merupakan seorang jurugambar perkahwinan telah berkongsi beberapa keping gambar pasangan pengantin dan telah mendapat perhatian netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda lihat pada gambar yang dikongsi, mungkin anda akan berasa bahawa kereta rosak dan cuba ‘hitchhiking’ merupakan tema kepada sesi bergambar outdoor pasangan tersebut.

Sebenarnya, memang betul kereta pasangan tersebut rosak ketika dalam perjalanan ke sesi bergambar outdoor. Tanpa membuang masa, Apiz Hazmi pun mengambil sekeping dua gambar pasangan tersebut di tepi jalan.

Pastinya gambar yang ‘rare’ dan cantik ini menonjolkan kreativiti Apiz Hazmi sebagai seorang jurugambar perkahwinan. Pasangan tersebut pasti akan teringat saat ini dan akan berasa lucu dikemudian hari.

Baca lagi: 4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda