Pasangan pengantin dari Indonesia yang tular kerana  jurang umur sehingga 60 tahun antara mereka sebelum ini akhirnya mengumumkan perceraian selepas tidak sampai sebulan mendirikan rumah tangga.

Menurut Harian Metro, perceraian tersebut berlaku apabila pengantin lelaki Abah Sarna yang kini berusia 78 tahun menjatuhkan talak terhadap isterinya Noni Navita, 18 menerusi sekeping surat pada Jumaat lepas.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Perkahwinan yang hanya sempat bertahan hanya selama 22 hari itu sekaligus mengejutkan ahli keluarga Noni kerana setahu mereka pasangan tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah sebelum ini.

“Saya terkejut dengan berita penceraian ini kerana tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja dapat tahu yang mereka hendak bercerai,” kata Iyan, kakak kepada Noni.

Menurutnya lagi, keluarga pihak perempuan tiada masalah dengan Abah Sarna. Malah pada awalnya, keluarga Abah yang membantah perkahwinan mereka.

Perbuatan Abah itu bukan sahaja telah merendahkan maruah keluarga mereka tetapi telah menyebabkan Noni kemurungan.

“Selepas menerima surat tersebut, adik saya telah hilang selera makan tetapi keadaan beliau sudah semakin pulih,” katanya lagi.

Keluarga Noni turut menafikan punca rumah tangga mereka retak adalah disebabkan Noni telah hamil sebelum mendirikan rumah tangga bersama Abah.

Perkahwinan mereka sebelum ini bukan sahaja mencuri perhatian kerana jurang umur yang besar antara kedua-duanya, malah barang-barang hantaran yang diberikan turut menjadi perbualan netizen.

Ia susulan hadiah yang diberikan seperti motosikal Honda PCX, tilam dan almari oleh pengantin lelaki perlu diangkut menggunakan lori sewaktu hari pernikahan mereka.

Selain barang-barang hantaran berkenaan, Abah Sarna juga dilaporkan memberi mas kahwin termasuk wang berjumlah 10 juta Rupiah (kira-kira RM2,819) kepada pihak pengantin perempuan.

Jom kita baca pula mengenai seorang lelaki yang sanggup ‘ikat perut’ untuk mengumpul duit demi majlis perkahwinannya sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Sanggup Ikat Perut, Lelaki Ini Kongsi Kisah Kumpul Duit Demi Majlis Perkahwinan

5 Faktor Penting Pilih Lokasi ‘Outdoor Shoot’ Majlis Perkahwinan Anda

4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda

Anda Mungkin Suka