Seorang pemandu dan penumpang Kia Cerato berwarna merah dari Singapura kini menjadi ‘buruan’ Polis Daerah Iskandar Puteri apabila tular beberapa rakaman video mereka berbuat khianat terhadap Toyota Alphard berwarna hitam.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan, mangsa yang menaiki MPV itu telah mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan kenderaan suspek yang berada di sebelahnya semasa berhampiran Imigresen CIQ Second Link.

Bagaimanapun dalam satu video dashcam yang dimuat naik melalui Facebook SG Road Vigilante, kereta mangsa sedang berada dalam barisan di lorong kanan semasa menunggu trafik sesak di hadapan. Secara tiba-tiba suspek tetap mahu ‘menyelit’ di bahagian kanan sehingga berlaku pergeselan di antara kedua-dua buah kenderaan.

Suspek memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan yang sesak, lalu turun daripada kereta mereka untuk berbuat khianat. Suspek lelaki (pemandu) bertindak menjerit perkataan lucah dan menunjukkan isyarat lucah, manakala suspek wanita (penumpang) bertindak mencabutkan dan mencampak nombor pendaftaran kereta mangsa ke arah cermin hadapan MPV itu.

Difahamkan mangsa pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya mengalami sedikit kerosakan pada MPV yang dipandunya.

Dalam satu hantaran terbaharu Facebook oleh SG Road Vigilante, kelibat kereta suspek itu sudah kelihatan berada di dalam Singapura.

Menurut beberapa komen yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, mereka mendakwa suspek ‘mungkin terlepas’ di Singapura kerana kejadian ini berlaku di luar dari negara yang didakwa sebagai ‘Negara Dunia Pertama’ itu.

Sumber Gambar: Facebook SG Road Vigilante

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri turut menyatakan kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan beliau menasihati pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah dan tidak terburu-buru semasa berada di CIQ Second Link.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Ketika orang ramai terperangkap dalam kesesakan untuk pulang kampung, satu konvoi VIP telah memotong barisan yang diiringi beberapa kenderaan pengiring. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

VIP Potong Barisan Semasa Pengguna Jalan Raya Terperangkap Dalam Kesesakan Undang Kemarahan Ramai

Cemas Dan Merisaukan, Netizen Kongsi Pengalaman Gajah Buat ‘Spotcheck’ Semasa Pulang Ke Kampung

Elak Berlaku Kemalangan, Pengguna Jalan Raya Sama-Sama Bantu ‘Escort’ Pemandu Lori Mengantuk