Baru-baru ini, dilaporkan pasangan warga Singapura ke Malaysia telah melalui pengalaman kurang menyenangkan dengan pegawai imigresen Malaysia.

Menurut laporan, warga Singapura tersebut bersama isterinya yang menunggu giliran di Pusat Pemeriksaan Tuas dikatakan telah diarahkan untuk menanggalkan penutup pasport mereka oleh pegawai imigresen dengan nada tidak sopan pada 20 Mei yang lalu.

Baca Juga:

Apabila mereka menerima semula pasport, pasangan itu kecewa melihat pegawai itu telah membazirkan muka surat pasport mereka dengan membatalkan dan memotong serta cop semula pada muka surat berasingan.

Susulan itu, pasangan tersebut memutuskan membuat aduan di pejabat imigresen disebabkan rasa tidak puas hati cop pada pasport mereka tetapi mereka telah menerima surat menunjukkan notis penolakan masuk ke Malaysia selama 6 bulan.

Difahamkan, mereka tidak diberitahu mengapa mereka diberikan notis seperti itu dan menuntut penjelasan daripada pihak imigresen Malaysia. Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan ada saksi di tempat kejadian mengatakan bahawa pasangan tersebut yang menimbulkan provokasi.

Menerusi ruangan komen, saksi di tempat kejadian mengatakan pasangan tersebut marah-marah di kaunter dan juga menimbulkan provokasi serta pihak imigresen hanya berdiam sahaja tanpa melayan ‘drama’ yang dibuat pasangan tersebut.

Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa sepatutnya pasangan tersebut mengikuti sahaja undang-undang di negara orang. Pasangan tersebut dilaporkan telah membuat aduan rasmi di laman rasmi imigresen Malaysia berhubung isu terbabit.