Siapa yang tidak mengenali pasangan selebriti terkenal Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo? Pasangan ini diberi nama Song-Song Couple oleh para peminat diseluruh dunia apabila mereka bercinta dalam drama yang dibintangi mereka, kemudian berkahwin selepas itu.

Baru-baru ini, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah mengambil keputusan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sahaja.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →
1561642220645

Sumber: CTV News

Menurut Song Joong Ki, beliau memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo dan tidak mencari salah antara satu sama lain, tetapi hanya berharap proses penceraian dapat berjalan dengan baik melalui peguamnya.

Malah, menurut Song Hye Kyo, punca penceraian adalah kerana perbezaan personaliti dan kedua-duanya tidak dapat mengatasi perbezaan itu lalu mereka terpaksa membuat keputusan ini. Pastinya penceraian kedua pasangan ini memberikan sedikit kesan kepada para peminat mereka di seluruh dunia.

Anda Mungkin Suka