Kewujudan MRT sejak tahun 2016 telah banyak membantu orang ramai untuk bergerak antara kawasan Lembah Klang dan Selangor. Bahkan ianya lebih selesa berbanding kenderaan awam yang lain.

Terbaharu, sepasang suami isteri membawa pulang wang hadiah sebanyak RM10,000 setelah rekaan bangku mereka dipilih sebagai pemenang TRANSEAT — Pertandingan Reka Bentuk Bangku Stesen Bawah Tanah MRT Laluan Putrajaya anjuran MRT Corp.

vocket-suami-isteri-menang-rekaan-kerusi-mrt-2
Sumber Gambar: Facebook MRT Corp
vocket-suami-isteri-menang-rekaan-kerusi-mrt-1
Sumber Gambar: Facebook JJ Ismail

Pertandingan ini berlangsung dari 1 Jun 2020 hingga 30 Julai 2020, telah menerima sebanyak 569 reka bentuk daripada 352 peserta. Para peserta terdiri di kalangan profesional, pelajar dan juga orang awam.

INFINITY, nama rekaan bentuk bangku yang diberikan oleh Encik Jaihar Jailani Ismail dan Puan Noor Syahidah Abdullah bakal dipasang pada lapan buah stesen bawah tanah di laluan MRT Putrajaya nanti.

vocket-suami-isteri-menang-rekaan-kerusi-mrt-3
Contoh karya seni yang boleh diintegrasi pada Infinity Bench (bukan rekaan asal pereka) | Sumber Gambar: Facebook JJ Ismail

“Infinity Bench adalah bangku inklusif sosial yang mempromosikan reka bentuk, seni dan budaya,” kata Jaihar. Reka bentuk oleh pereka industri bebas Jaihar dan ahli akademik Noor Syahidah juga mengambil kira banyak aspek fungsi yang diperlukan untuk bangku di stesen MRT.

“Sebenarnya saya ada juga bentangkan idea kepada MRT CORP mempromosikan seni dengan menjemput artis tempatan untuk menghias Infinity Bench ini nanti.

“Mudah-mudahan idea ini dapat dilaksanakan tidak lama lagi. Jadi anda bolehlah mula memikirkan seni hiasan apa yang anda mahu buat pada bangku ni. Anggaplah bangku ini sebagai satu kanvas kosong,” terangnya lagi.

vocket-suami-isteri-menang-rekaan-kerusi-mrt-3
Sumber Gambar: Laman Web MY MRT

Laluan Putrajaya (sebelumnya dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) adalah laluan kedua Projek KVMRT yang akan dibangunkan untuk menyediakan perkhidmatan kepada 2 juta penduduk dari Kwasa Damansara, sebuah pembangunan perbandaran baru di barat laut Kuala Lumpur dan pinggir bandar selatan ke Putrajaya.

Ia bakal mempunyai 36 stesen operasi di mana 27 daripadanya laluan bertingkat dan 9 laluan bawah tanah. 4 stesen lagi telah disediakan untuk kegunaan masa depan.

Netizen telah memberikan respon rekaan stesen MRT Jinjang setelah ditunjukkan oleh MRT Corp. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mahu Jimatkan Kos Pembinaan, Rekaan Stesen MRT Jinjang Terima Pelbagai Respon Netizen

Sumber