Ride kali ini adalah kesinambungan ride yang lepas seperti Mae Hong Son (2016) dan Golden Triangle (2017). Kali ini kami berempat ingin mencuba sesuatu yang baru di Negara Laos. Vespa yang kami gunakan ialah Vespa Sprint 150 keluaran tahun 1973 dan juga vespa PX 200 dimana ramai orang cakap hanya sesuai untuk ke pasar dan surau sahaja. Besi buruk katakan.

Saya dan isteri bergerak dari Kuala Lumpur ke Koh Samuii bersama sentul scooter service seramai 12 biji manakala sahabat saya bersama isteri bergerak dari Banting Selangor ke Hua Hin. Selepas selesai misi konvoi di Koh Samuii selama 3 hari 2 malam, saya dan isteri menuju ke Bangkok dan bersama kembali dengan sahabat saya di Saraburi, Thailand.

IMG_20200320_123528_287
HYPE
7 Perkara yang Anda Perlu Lihat Dan Pertimbangkan Sebelum Beli Laptop Baharu
Baca lagi →

48398066_10214710375332844_2218905019942436864_n

48995962_10214710377692903_7505479182533525504_n

Laluan yang kami lalui bermula dengan Kuala Lumpur seterusnya Kebun 500 Kedah diikuti dengan Bukit Kayu Hitam dan seterusnya Koh Samuii. Kemudian diteruskan di Hua Hin seterusnya Bangkok diikuti dengan Saraburi dan seterusnya Khon Kaen. Kemudian, Nongkai (sempadan Thailand-Laos) diikuti Vientiane, Vang Vieng, Kasi, Luang Prabang dan seterusnya Boten (Sempadan Laos-China), Luang Namtha, Chiang Khong (Sempadan Laos-Thailand), Chiang Rai, Chiang Mai, Bangkok, Hatyai, Penang dan berakhir dengan Kuala Lumpur.

Tempoh pengembaraan kami adalah selama 3 minggu dengen jarak perjalanan sejauh 6000 KM berbekalkan bajet RM3 ribs untuk hotel, makan, minyak, pengangkutan awam, dokumentasi dan lain-lain.

48394029_10214710396133364_8420303527204618240_o

48430150_10214710370332719_7802376265817653248_n

Bagi saya, antara cabaran di Laos adalah kesukaran mendapatkan makanan halal, keadaan muka bumi yang bergunung, keadaan jalan yang berdebu, rosak, berlubang, berlumpur dan sebagainya.

Malah, jalan licin dan merbahaya, dimana jatuh tergolek di Gunung Kasi dan juga di Boten mengalami kesukaran untuk mengawal vespa. Tetapi semua itu berbaloi kerana dihadiahkan permandangan di Laos tersangat cantik dengan gunung-ganang dan sungai yang jernih dan suasana sejuk sepanjang perjalanan.

48419716_10214710371092738_5105135283511230464_n

48394195_10214710395093338_1213249749117829120_o

Dokumen yang perlu disediakan untuk masuk laos ialah geran original, passport, lesen antarabangsa, surat sokongan dari kedutaan laos dan bayaran dikenakan RM100 disebabkan motor dibawah 250cc ke bawah tidak dibenarkan.

Bagi anda yang ingin membawa masuk motorsikal, terdapat dua langkah yang anda harus lakukan. Langkah pertama iaitu dari sempadan Malaysia-Thailand harus menggunakan geran original dan isi borang TM2 dan TM3 dan juga white card. Beli insurans pihak ketiga di sempadan dan baru boleh masuk thailand dengan motor.

48382918_10214710376452872_8895290570423926784_n

Langkah kedua di sempadan Thailand Laos iaitu di Nongkai, saya memerlukan surat khas dari kedutaan Laos kerana cc motor saya 150cc yang perlu disediakan sebulan awal di kedutaan Laos di Kuala Lumpur dan perlu membayar RM100.

Tanpa surat itu saya tidak dibenarkan masuk. Di sempadan Nongkai, prosedur simple sahaja, submit geran dan surat kedutaan, bayar 200bath untuk kastam dan boleh masuk Laos.

48381429_10214710388213166_7245952094295818240_n

48385716_10214710437214391_6487610064101179392_o

Alhamdulillah tiada sebarang major problem pada vespa kami walaupun sudah berusia lanjut dan membawa bebanan berat termasuk isteri. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang mendoakan kami.

Saya berharap semoga catatan saya ini dapat menaikan semangat rakan-rakan yang lain untuk kembara bermotor terutama yang bercita-cita membawa isteri ala-ala honeymoon ride.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Shafiriey Mohd Husain. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka