Media sosial memang tidak pernah gagal untuk mengingatkan kita tentang kesusahan masyarakat sekeliling. Baru-baru ini, telah tular kisah tentang pasangan tukang urut dari Kelantan yang dikatakan terpaksa berjalan sejauh 20 kilometer setiap hari demi mencari rezeki.

Kisah yang telah dilaporkan oleh Sinar Harian tersebut mula tular di media sosial melalui perkongsian yang telah dibuat oleh saudara Amir Dzu, @vmrtzz_ di akaun Twitter peribadi miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik laporan yang ditulis oleh Sinar Harian, meskipun diuji dengan keadaan pasangan yang kurang upaya, ujian tersebut nyata tidak memudarkan rasa cinta wanita bernama Fatimah Salleh (58) kepada suaminya, Wan Mohamed Jaafar (78).

Fatimah malah setia menjadi ‘tongkat’ penunjuk arah untuk suaminya ketika berjalan mencari rezeki sebagai tukang urut di Kampung Talang, Kadok, Ketereh.

Difahamkan, suaminya tidaklah dilahirkan buta tetapi nasib malang tersebut telah menimpanya selepas matanya terkena habuk simen semasa bekerja sebagai tukang rumah pada tahun 1998.

Menurut Fatimah, mereka berdua telah bekerja sebagai tukang urut semenjak dari tragedi itu. Setiap hari seawal 8 pagi, Fatimah dan suami akan berjalan sejauh 20 kilometer untuk mencari pelanggan atau berkunjung dari rumah ke rumah bergantung kepada permintaan.

Tambah Fatimah lagi, upah yang diterima pula adalah dari RM5 sehingga RM30, bergantung kepada persetujuan pelanggan.

“Kami mempunyai lima anak yang berusia antara 22 hingga 40-an, namun mereka juga hidup susah. Kami pernah makan ubi rebus yang ditanam di belakang rumah kerana tidak ada duit untuk membeli makanan,” jelas Fatimah dalam temu bual bersama Sinar Harian.

Difahamkan, pasangan tersebut mengakui bahawa mereka ada menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 akan tetapi, demi meneruskan kelangsungan hidup, mereka tetap harus keluar untuk mencari rezeki.

Bantuan diberikan


Kisah yang telah tular di Twitter ini berjaya menarik perhatian para netizen dan ramai dari mereka turut tampil untuk memberikan bantuan.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan ini, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri menerusi akaun Twitter miliknya memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) untuk bertemu dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Dr Zulkifli menerusi akaun Twitter miliknya tutur memaklumkan bahawa bantuan dari bentuk kewangan, barang keperluan dan proses baikpulih rumah telahpun diluluskan dan disampaikan oleh pihak YADIM untuk pasangan tersebut.

Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan bantuan tersebut di portal Derma.org.my

Diharapkan bantuan yang diterima pasangan ini boleh membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih selesa.

Baca juga hasil tulisan kami mengenai kisah-kisah yang telah tular di media sosial melalui pautan di bawah.

Tular Tiada Komisyen Jika Penghantaran Kurang 1,000 Bungkusan, Lelaki Ini Kongsi Senario Sebenar Pekerja ‘Delivery’

Berita Keprihatinan Ustaz Ebit Lew Tular Di Korea, Netizen Nyata Terkejut Dan Bangga

Sumber