Pandemik COVID-19 nyata menguji sisi lain manusia. Ia bukan sahaja menyebarkan wabak, malah ketakutan dari segi ekonomi yang serba serbi tidak menentu sekarang.

Melalui laporan Harian Metro semalam, dilaporkan bahawa lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan, lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji dan lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup.

Situasi ini jelas bahawa mungkin lebih ramai lagi akan hilang punca pendapatan, malah syarikat-syarikat besar juga mungkin akan gulung tikar dan ada yang sudah mencongak nasib mereka dikemudian hari.

Namun, di sebalik berita buruk, pasti ada baiknya. Terbaharu, para peniaga di Pasar Besar Jalan Othman Petaling Jaya telah mengatakan bahawa mereka mempunyai lebih 1,000 kerja kosong untuk diisi oleh rakyat Malaysia dengan bayaran gaji purata sekitar RM2,000 sebulan.

Mereka yang berminat dipersilakan untuk menghadiri temuduga sambil melihat-lihat persekitaraan pasar itu dan jika dipilih mereka turut diberi faedah seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Naib Presiden Persatuan Pasar Jalan Othman, Raja Ratnam mengatakan bahawa sebelum ini, pasar Bandar Lama PJ ini bergantung kepada pekerja asing tetapi kebanyakan mereka baru-baru ini telah ditahan oleh Jabatan Imigresen, jadi mereka kini ingin membuka ruang untuk warga tempatan dan mereka juga bersedia untuk membayarnya lebih tinggi daripada gaji minimum.

“Gaji harian antara RM70 dan RM80. Sebelum ini, kita tidak dapat memanggil penduduk tempatan untuk bekerja kerana waktu kerja yang awal dan melibatkan kerja yang berat.”

Namun disebabkan situasi kini yang tidak menentu dan semakin ramai yang mengganggur atau dibuang kerja. Ratnam menyatakan bahawa ini adalah peluang yang perlu diambil bagi mendapatkan pekerjaan di salah sebuah dari 500 gerai yang ada di pasar ini.

Bagi Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata bahawa dengan menawarkan penduduk tempatan yang tidak bekerja dengan upah yang berpatutan, mereka mampu menjana pendapatan lebih dari RM2,000 sebulan.

“Mereka dapat menjana lebih dari RM2,000 sebulan dan ini lebih tinggi daripada gaji minimum iaitu RM1,200. Bagaimanapun, pekerjaan ini memerlukan pekerjanya untuk datang bekerja pada waktu pagi,” sebelum menambah, “Tidak ada had umur yang ditetapkan untuk tawaran bekerja di sini,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan turut menawarkan kerja buat mereka yang menganggur dengan gaji RM2,400 sebulan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kementerian Wilayah Persekutuan Tawar Kerja Untuk Belia Yang Menganggur Dengan Gaji RM2,400

Tawar Gaji Sehingga RM100,000, Syarikat Ini Sedang Cari Pekerja Hanya Untuk Tidur

Kementerian Wilayah Persekutuan Tawar Kerja Untuk Belia Yang Menganggur Dengan Gaji RM2,400