Setelah hampir tiga dekad beroperasi di Malaysia, pasar raya Cold Storage mengumumkan cawangan tertua mereka di Seksyen 14, Petaling Jaya akan menghentikan operasi mereka secara rasminya pada hari ini.

Penutupan ini merupakan sebahagian daripada pelan penyusunan semula perniagaan GCH Retail (M) Sdn Bhd yang juga merupakan pengendali kepada rangkaian pasar raya Giant, Mercato, Jason’s Food Hall, dan Guardian.

cof
HYPE
CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor
Baca lagi →

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penutupan operasi ini juga termasuk dalam perancangan untuk memenuhi kehendak pelanggan dan keperluan untuk terus berdaya saing dalam pasaran.

Sumber: The Star

Sehingga kini, sebanyak 37 buah premis Giant telah diperbaharui konsepnya agar tampil lebih segar, dan menutup 13 premis (Giant dan Cold Storage) daripada jumlah keseluruhan 147 buah cawangan di seluruh negara.

Laman web Cold Storage turut menyatakan ia mula beroperasi di Malaysia bermula pada tahun 1963 dan kini mempunyai tujuh cawangan, termasuk di Seksyen 14.

Cold Storage yang bertempat di pusat beli-belah Jaya Supermarket yang dibina pada 1974, pernah menjadi mercu tanda di Petaling Jaya. Difahamkan, cawangan itu dibuka sebelum 1980.

Terdahulu, Uptown Danau Kota ditamatkan operasi dan bakal berpindah ke tapak baharu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Uptown Danau Kota Ditamatkan Operasi, Bakal Berpindah Ke Tempat Baharu

Cawangan Parkson Di MyTown Tawar Jualan Penghabisan Sebelum Tutup Operasi

Anda Mungkin Suka