Kecoh baru baru ini apabila isu beg plastik yang dilaksanakan di beberapa buah negeri untuk dipolitikkan. Dikatakan mengenakan cas kepada beg plastik merupakan sebuah penindasan kepada rakyat.

Berdasarkan laporan terbaru yang dikeluarkan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) pihak pasaraya dan kedai runcit sekitar Selangor dikatakan mampu memperoleh keuntungan sekitar 120 juta setahun hanya melalui penjualan beg plastik.

Sumber: New Statesman

Inasiatif untuk menyelamatkan alam sekitar dengan cas 20 sen ini dikatakan membebankan rakyat memandangkan harga bagi sebuah beg plastik cuma 3 sen sekaligus membolehkan pihak pasaraya dan kedai runcit mengutip margin untung yang besar.

Kami melihat apa yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor ini sebagai inisiatif untuk menyelamatkan alam sekitar. Selagi mana pihak pasaraya tidak mengharamkan para pembeli daripada membawa beg sendiri, ianya tidak dikira sebagai sebuah penindasan.

TC_ecoBag1

Bagaimana pula dengan anda? Adakah apa yang dilakukan pihak pasar raya dan kedai runcit ini merupakan sebuah penindasan atau sebaliknya?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group