Pastinya ini berita baik buat anda diluar sana yang teringin menikmati dan merasai pengalaman membeli-belah di pasar terapung seperti di Hatyai dan Bangkok yang terletak di Thailand atau Kalimantan dan Bandung yang terletak di Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, pasar terapung bakal dibuka di pesisir muara Sungai Terengganu berhampiran jambatan angkat di Kuala Terengganu. Pastinya ini akan menjadi antara tarikan pelancong dalam dan luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
img_9803
Sumber: Rojak Daily

Malah, jambatan angkat itu juga kini menjadi mercu tanda baru kebanggaan penduduk negeri Terengganu. Menurut Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri Terengganu mahu mewujudkan pasar terapung sebagai satu tarikan baru selaras dengan pembangunan jambatan angkat yang kini menjadi sebutan di serata dunia terutama negara Asia.

Perkhabaran berita ini pastinya sesuatu yang baik untuk industri perlancongan dan dapat membantu komuniti setempat dalam memajukan diri. Sama-samalah kita nantikan perlaksanaan pasar terapung ini di Kuala Terengganu.

Sumber