Jika anda melancong ke Bangkok, Thailand tetapi tidak datang berkunjung ke Pasar Chatuchak pastinya ia merupakan satu kerugian buat anda. Baru-baru ini, pasar tersebut telah terbakar dan telah memusnahkan hampir 110 buah kedai.

Untuk pengetahuan anda, Pasar Chatuchak merupakan pasar terbesar di Thailand yang menawarkan pilihan barangan lebih daripada 15,000 kedai. Pasar tersebut dikenali sebagai JJ Market menjadi tempat tumpuan pelancong kerana menjual pelbagai pilihan barangan seperti pakaian, buku, aksesori rumah, makanan dan minuman, kosmetik, barang antik, dan tumbuh-tumbuhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada percikan api disebabkan masalah eletrikal kemudian menyambar bahan mudah terbakar lalu api semakin marak sekitar jam 9.30 malam. Kebakaran tersebut berjaya dikawal sekitar jam 10 malam oleh pihak bomba.

Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut dan kerja penyiasatan dijangka akan selesai dalam masa 2 hari. Malah, Bangkok Metropolitan Administration (BMA) akan memberikan pampasan kepada setiap kedai sebanyak 10,000 Baht (~RM1,331.40) sebagai ganti rugi.

Proses untuk membaik pulih kedai-kedai yang terlibat dengan kebakaran dijangka akan mengambil masa selama setahun dan dalam tempoh itu, peniaga yang terlibat akan diberikan peluang berniaga menggunakan khemah. Ini pastinya berita kurang baik untuk para pelancong dan peniaga.