Adakah anda masih ingat akan gambar Golden Bridge di Vietnam yang tular sebelum ini? Berikutan itu, ramai orang mula tertarik menjadikan Vietnam destinasi perlancongan.

Sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Vietnam. Sebut sahaja melancong, pasti aktiviti membeli-belah tidak akan dilupakan. Malah, Vietnam memang terkenal dengan pasarnya yang besar dan menjual barang-barang dengan harga murah.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →
thing-to-buy-vietnam

Sumber: Shutterstock

Pasti anda yang pernah ke Vietnam rindu untuk membeli-belah di sana dan ini adalah satu berita yang pasti buat anda teruja. Pasar Vietnam yang terbesar bakal dibuka di Malaysia pada bulan Mac 2020.

Untuk pengetahuan anda, pasar ini dikatakan bakal dibuka di bangunan Safuan Plaza, Kuala Lumpur. Difahamkan, pasar tersebut bakal menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan seperti produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, kosmetik dan banyak lagi produk Vietnam, selain menjadi lokasi untuk firma Vietnam mengembangkan operasi di Malaysia.

Sementara menantikan Pasar Vietnam pertama di Malaysia ini dibuka, anda mungkin ingin melancong ke Vietnam. Klik pautan di bawah untuk ketahui tempat yang boleh dikunjungi di Vietnam.

5 Tempat Menarik Dan ‘Awesome’ Di Da Lat, Vietnam

Tangan Batu Gergasi ‘Golden Bridge’ Tarikan Terbaru Di Vietnam

Resipi Sos Pencicah Vietnamese Spring Roll ‘Power’ Anda Kena Cuba

Anda Mungkin Suka