Pasaran kriptowang pada saat ini sedang mengalami fasa kritikal yang mana memberi kesan kepada pemain mahupun platform dagangan kriptowang menerusinya.

Terbaharu, antara platform dagangan kriptowang yang terpaksa mengambil langkah drastik dalam mengecilkan jumlah tenaga pekerja adalah Swyftx. Syarikat tersebut telah mengumumkan akan melepaskan 90 pekerjanya yang mewakili 40% daripada jumlah tenaga kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Coin List

Meskipun, CEO Swyftx yakin boleh menghadapi pergolakkan semasa yang disebabkan oleh krisis FTX. Beliau menjangkakan satu lagi kejatuhan pasaran pada separuh pertama tahun 223 kak.

Beliau menambah dengan langkah pengurangan sebahagian besad pekerja mungkin memberi manfaat kepada firma  Australia menghadapi badai pada masa hadapan.

Semua pekerja yang terjejas akan menerima gaji pemberhentian mereka dalam masa tujuh hari serta pampasan untuk tempoh enam bulan berkerja. Hal ini sekaligus memperlihatkan insiden FTX telah menyebabkan perubahan teruk di dalam banyak syarikat kriptowang dan kewangan.

Sesetengah daripada mereka terpaksa menfailkan perlindungan kebankrapan. Malah, majoriti platform dagangan kriptowang terkemuka mula mengecilkan saiz pasukan mereka pada awal tahun ini untuk mengurangkan kos semasa pasaran gawat berpanjangan.

Platform yang dimaksudkan termasuklah  Bybit dan Huobi yang memberhentikan pekerjanya sebanyak 30% baru-baru ini lalu diikuti dengan Coinbase sebanyak 18% dan dijangka bakal merebak ke lebih banyak syarikat berasaskan kriptowang pada masa kelak.

Sumber